in

“Memang salah saya, abang minta maaf” – Sharif Zero Mahu Tamatkan Persengketaan Adik Beradik

ft sharif mohon maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelawak dan pelakon, Sharif Kadir Doli Sharif atau dikenali Sharif Zero, 35 menyatakan bahawa tiada istilah untuk merendahkan ego dalam isu hubungannya dengan adik beradik lain.

Ini kerana menurutnya, sesiapa sahaja yang mengenalinya sudah tahu bahawa Sharif bukanlah seorang yang ego.


Artikel berkaitan : “Dia salah pilih kawan” –  Sharif Dedah Atu Pernah Jadi Gelandangan, Hampir Terjebak Dengan D*dah

Artikel berkaitan : “Hati saya terguris” –  Atu Zero Kesal Kenyataan YB Berkenaan Roti Gardenia & Orang Sabah

Sharif mohon maaf

“Untuk hal keluarga (perselisihan faham) ini, tidak apalah biar kami ‘settle’ (selesai) tepilah dulu ya.

“Kalau dah okay, nanti saya panggil kamu ramai-ramai untuk makan di rumah saya,” Sharif berseloroh dengan media.

Sharif juga meluahkan rasa rindu untuk berkumpul dengan adik beradiknya kerana sudah lama tidak bersua.

Screenshot 2025 12 30 141851

“Saya rindu nak berkumpul dengan mereka. Tapi tak juga lama saya bertemu mereka sebab baru-baru ini pun saya ada jumpa mak saya. Dengan adik-beradik, baru-baru ini saya jumpa dengan Melati (Syaiful).”

“Dengan Atu pun saya ada jumpa, tapi macam biasalah tidak dapat bertegur. Hari itu kami main bola sama-sama. Jadi, biasalah bergaduh adik-beradik.”

“Nantilah kita ‘settle’ apa semua. Kalau mereka menganggap ini salah saya, ya memang salah saya. Mungkin saya sudah terbongkar cerita pasal dia.”

Tegas Sharif, dia tiada niat untuk memalukan adiknya dan reda kerana perkara itu sudah terjadi.

“Atu puas hati sudah kau ya. Aku minta maaf. Okay dah settle ya. Abang minta maaf. Okay… dah settle.”

“Ada ruang ini. Bagi saya… betullah kita cakap, kita dengar cakap netizen, buang yang keruh ambil yang jernih. Semoga kita kembali seperti dulu.”

“Abang ini terima saja, kalau kau datang tempat abang pun, abang okay. Kalau kau nak abang datang tempat kau pun, abang okay.”

Menurut Sharif, perasaanya sebagai seorang abang memang sedih dengan perkara yang berlaku ini.

“Cuma saya tak ‘expect’ (sangka) boleh besar beginikan. Jadi bagi saya sebenarnya okay saja. Ibu tahu perkara ini tapi ibu dah biasa, kita orang memang bergaduh adik-beradik kan. Jadi ibu tahulah. Dia orang ini (kami), gaduh-gaduh ini okay juga nanti.”

Dalam pada itu, Sharif juga menafikan kenyataan daripada pihak adiknya yang mengatakan mereka mahu berjumpa dengannya tetapi permintaan itu ditolak. Malah, Sharif juga menafikan dakwaan isu kewangan yang menjadi punca krisis antara mereka.

“Iyakah ada usaha? Ye ke… berapa kali abang ajak jumpa? Ye ke? Okay dah. Saya pun ada minta adik datang jumpa saya untuk bincang. Jangan pula cakap tak ada. Macam saya cakap, ada saja kami berjumpa, bermain bola. Cuma macam biasa, gaduh adik-beradik.”

Disamping itu, Sharif turut menjelaskan bahawa ketika ini, tiada mana-mana program lawak yang memerlukan mereka bertiga berkumpul dan itu menjadi sebab untuk mereka tidak bersama buat masa ini.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.