Sejak hujung minggu lalu, rakyat Malaysia bercuti panjang sempena Hari Malaysia serta Maulidur Rasul, lebih mengujakan minggu ini juga merupakan minggu cuti sekolah.
Ramai rakyat Malaysia yang memilih untuk bercuti panjang dan antara destinasi pilihan ramai ialah Hatyai, Thailand.
Disebabkan harga barangan yang murah khususnya makanan, ramai yang memilih untuk bercuti di situ malah Hatyai juga destinasi yang mudah untuk diakses dengan menggunakan kereta sahaja.
Artikel berkaitan: Thailand Lantik Perdana Menteri Termuda Dalam Sejarah, Kenali Siapa Paetongtarn Shinawatra Ni!
Artikel berkaitan: “Semua pergi mana? Hatyai?” – Peniaga Pasar Siti Khadijah Mengeluh Tiada Pelanggan
Menurut laporan BFM, hampir 100,000 pelancong Malaysia melawat negeri Selatan Thailand itu pada hujung minggu lalu dan ia menyuntik lebih 1 bilion baht (RM 127,395,819) ke dalam ekonomi tempatan.
Presiden Persatuan Hotel Hatyai Songkhla berkata lebih 36,000 rakyat Malaysia memasuki wilayah Songkhla pada hari Sabtu.
@dikedaikopi_tv11yala #HELLO #HATYAI #2024 หมุดหมาย #ท่องเที่ยว ในใจชาว #มาเลเซีย #ดีกือดาโกปี #nbtyala #เทรนด์วันนี้ #หาดใหญ่ #สงขลา #ขึ้นฟีดเถอะ #malaysia
Sebuah rancangan berita di Thailand, menyatakan kunjungan rakyat Malaysia itu memberi impak yang positif kepada negara mereka, malah pemberita itu berkongsi rakyat malaysia lebih mengetahui tempat menarik di Hatyai.
“Orang tempatan pun tidak tahu mengenai makanan halal di sini (Hatyai), kami melihat media sosial rakyat Malaysia untuk mencari makanan halal,” kongsinya.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Hotel Hatyai Songkhla menyatakan bahawa rakyat Malaysia melawat bukan sahaja Hat Yai dan Songkhla tetapi juga wilayah jiran seperti Phatthalung, Trang, dan Krabi.
Beliau menambah bahawa lebih 400 hotel, dengan lebih 30,000 bilik, telah ditempah sepenuhnya dalam tempoh ini.