in

“Memang layak sangat!” – Netizen Terharu Tengok Sekolah Bagi Anugerah Dekat ‘Uncle Cleaner’

Sekolah Tukang Kebun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai di antara kita yang terlepas pandang dengan kerja keras pekerja am di sekolah atau tempat kerja. Mereka juga berusaha keras bagi menjadikan sesebuah bangunan itu selesa dan bersih.

Pun begitu, baru-baru ini sebuah sekolah dipercayai di Shah Alam, Selangor mendapat pujian netizen apabila mereka memberikan penghargaan kepada seorang lelaki yang dipercayai tukang kebun serta pembersih sekolah itu.


Dalam perkongsian @joefea_fob di X itu, kelihatan uncle itu mendapat tepukan gemuruh serta disorak dengan penuh meriah oleh semua pelajar yang berada di dalam dewan itu.

“Dia cukup ringan tulang kalau minta bantuan dia sebab itu dia disayangi. Seronok dia dapat anugerah, terima kasih kerana membantu sekolah,” tulis dalam video itu.

Malah, lebih mengharukan uncle tersebut sempat mengambil satu sampah kecil sebelum menaiki tangga pentas tersebut.

“Respek sekolah ni!” 

Video berdurasi 18 saat itu menambat hati ramai netizen, rata-rata menyatakan uncle tersebut memang selayaknya mendapat penghargaan sebegitu.

Selain itu, ramai juga yang memuji usaha sekolah bagi memberi anugerah tersebut selayaknya.

Cats 34

Berkaca mata tengok video ni…

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.