in

“Memang ikon perpaduan!” – Mekyun Beri Limau Di Setiap Tempat Ibadah Sempena Tahun Baru Cina

Mekyun 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pempengaruh berbangsa Cina yang aktif di media sosial, Mekyun seringkali mencuri perhatian netizen kerana fasih berbahasa Melayu dan suka membuat content bersama keluarganya.


Baru-baru ini, Mekyun menyambut Tahun Baru Cina dan sebagai tanda syukur dia telah berkongsi rezeki kepada orang awam tidak kira agama dan bangsa.

Mekyun bagi limau dekat tempat ibadat agama lain

Video yang dimuat naik oleh Mekyun di media sosial memaparkan dirinya sedang membawa beberapa kotak limau mandarin untuk diletakkan di tempat ibadah agama Islam, Hindu dan Buddha. Mekyun yang memakai baju kurung pada ketika itu berkata, dia bukan sahaja mahu menerima berkat ketika tahun baru malah dia juga ingin berkongsi rezeki kepada orang lain.

Semangat Tahun Baru Cina bukan sahaja kita menerima berkat tetapi juga kita memberi dan berkongsi rezeki bersama orang lain. Jadi, hari ni Mekyun nak share my warmth dan generosity bersama bangsa lain.

Artikel berkaitan: “Tabik pengurusan surau” – Netizen Kagum Tengok Mekyun Sekeluarga Dapat Sambut Raya Di Surau

Artikel berkaitan: “Ni dah kali kedua” – Mek Yun & Ibu Diekori Lelaki Creepy Ketika Berjalan Di Dalam Mall 

Mekyun telah meletakkan dua buah kotak limau mandarin di perkarangan masjid dan menjemput para jemaah untuk mengambil buah limau tersebut. Bukan itu sahaja, dia juga telah memasukkan wang ke dalam tabung masjid.

Seronok berkongsi adat dengan bangsa lain

Selepas itu, Mekyun juga telah meletakkan satu kotak besar buah limau di kawasan kuil Hindu tersebut lalu memberikan wang kepada seorang lelaki India yang mengiringnya. Setelah sampai di tokong, Mekyun turut meletakkan sekotak buah limau dan memberikan duit ke dalam tabung tokong.

Walaupun kita berbangsa lain tapi tak salah kan kita berkongsi adat dan budaya dengan bangsa lain juga? Sebab kita hidup harmoni dan 1 Malaysia!

@mekyunnnn

Paling penting, kita kena hidup harmoni & 1 Malaysia kan korang? 🥰🕌🛕🧧 #fyp

♬ Acoustic instrument and piano main instrument – Lyrebirds music

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen memuji Mekyun kerana sikapnya yang baik hati dan rendah diri.

Mekyun 1 Mekyun 2

Sukanya tengok Mekyun ni.. dah la cantik.. baik hati pulak tu!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.