Hari ini negara kita sekali lagi dikejutkan dengan kejadian banjir kilat yang melanda kawasan sekitar Janda Baik sehingga menjejaskan dua kampung di Janda Baik, Bentong, Pahang akibat hujan tanpa henti sejak tengah malam tadi.
Antara kawasan yang terjejas adalah di sekitar Kampung Sum Sum yang meibatkan 12 keluarga manakala di Kampung Chemperoh, kira-kira 30 keluarga yang terlibat dengan kejadian tersebut.
Menurut Sinar Harian, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima panggilan tentang kejadian itu pada jam 5:27 pagi.
Lebih kurang 5.30 pagi air naik lagi di Janda Baik. Allah… dugaan sungguh. pic.twitter.com/AolJ9CMyWv
— Rara ? (@youngsyefura) May 10, 2022
“Jalan lama nak ke KL, memang habis terus!”
Keadaan selepas banjir kilat melanda kawasan di Janda Baik turut dikongsikan oleh orang ramai di media sosial dan difahamkan beberapa jalan telah rosak akibat pokok yang tumbang berpunca dari angin kuat.
Jalan lama di sekitar Jalan Genting Sempah yang sering digunakan oleh orang ramai untuk menghala ke Kuala Lumpur juga dinaiki lumpur dan jalan mengalami keretakan sehingga tidak boleh dilalu buat masa terdekat ini.
Jalan lama KL – Bentong area Janda Baik – GONE pic.twitter.com/fa5Z608ZS8
— Noor Suhana Ishak ?? ? (@cek_suhana) May 10, 2022
Menurut Ismail Abdul Ghani, operasi menyelamat keluarga yang terjejas juga mengambil sedikit masa kerana keberadaan pokok tumbang di tengah jalan memaksa unit gergasi rantai untuk memotong pokok tersebut.
Jalan lama genting sempah janda baik. pic.twitter.com/JP3hx8XffE
— Rara ? (@youngsyefura) May 11, 2022
Perkongsian tersebut telah menyebabkan netizen risau dengan kejadian yang berlaku kerana bukan saja dinaiki lumpur malah batu-batu besar turut berada di atas jalan raya sehingga jalan tersebut terpaksa ditutup.
Allahu… Hati-hati semua yang dekat-dekat dengan Janda Baik tu! Min harap urusan membersihkan jalan tu dimudahkan…
Baca: Lembah Klang Dilanda Banjir Kali Ketiga Dalam Tempoh 6 Bulan, Ramai Takut Jejas Persiapan Raya