in

“Memang dah tiada harapan” – Datuk Red Akur Kalau Terpaksa Cerai Isteri Pertama

Datuk Red Reda Datin Red Berpisah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Usahawan Datuk Red akur seandainya rumah tangga bersama isteri pertama berakhir dengan perceraian.


Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu berkata, dia reda sekiranya keputusan itu adalah jalan terbaik buat dirinya dan juga Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim.

Artikel berkaitan : Datuk Red Enggan Cerai Isteri Pertama, Nak Pertahankan Rumah Tangga

Artikel berkaitan : “Tak tuntut sebarang nafkah terhadap bekas suami” -; Datuk Red & Adira Sah Bercerai Talak Satu

“Jika dilihat secara atas kertas memang sudah tiada harapan. Mungkin selepas ini ya akan hidup single. Bagaimanapun kehidupan perlu diteruskan. Selepas ini saya kena focus bangkit demi anak-anak dan juga membayar hutang terdahulu.”

MStar Online melaporkan bahawa penceraian antara Datuk Red dan isterinya itu dijadualkan pada 14 Mei ini di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Dalam pada itu, Datuk Red menjelaskan bahawa kehidupannya selepas bercerai dengan isteri kedua iaitu Adira Suhaimi bukanlah suatu yang mudah dilalui.

Screenshot 2024 05 10 110939

Namun begitu, mereka berdua mengekalkan hubungan baik demi 4 orang anak mereka.

“Mestilah ada rasa kecewa selepas bercerai dengan Adira. Dia adalah isteri saya, jadi bukan mudah untuk saya terima perpisahan antara kami. Namun di sebalik itu, rasanya kami ini lebih elok sebagai sahabat.”

“Walau sudah bercerai kami masih baik. Cuma apabila Adira sudah ada pengganti nanti mungkin hubungan ini jadi renggang.”

“Kalau boleh kami mahu jadi contoh pasangan bercerai yang terus mengekalkan hubungan baik tanpa perlu turun naik mahkamah.”

Screenshot 2024 05 10 111024

Untuk rekod, Datuk Red dan Adira bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015, mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata. Manakala perkahwinan dengan Sharifah Norshafila Hassim atau Datin Red, mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.