in

“Memang ada niat” – Syed Saddiq Tak Nafi Ada Perancangan Nak Kahwin

ft ss rancang nak kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak menafikan bahawa dirinya mempunyai hasrat untuk nmendirikan rumah tangga dan menamatkan zaman bujangnya.

Menurut Ahli Parlimen Muar ini lagi, proses tersebut melibatkan pelbagai pihak dan beliau kini memohon supaya diberikan ruang bagi menjaga privasi berkaitan hal tersebut.


Artikel berkaitan : Jabatan Peguam Negara Fail Notis Rayuan Terhadap Keputusan Pelepasan &  Pembebasan Syed Saddiq

Artikel berkaitan : Syed Saddiq Bebas: Azam Baki Akan Buat Rayuan Di Mahkamah Persekutuan

“Tipulah kalau saya cakap mahu kekal bujang selamanya. Memang ada niat dan perancangan ke arah (perkahwinan) itu.

“Namun, dalam proses membina rumah tangga sendiri, akan melibatkan pasangan, keluarga dan privasi yang perlu dihormati. Biarlah kehidupan saya kekal peribadi sehingga tiba masanya untuk diumumkan kepada semua.”

Dalam pada itu, beliau juga turut menyatakan kesediaannya untuk membincangkan isu politik semasa, namun memilih untuk berdiam diri jika ianya berkaitan dengan hal peribadi.

Screenshot 2025 07 01 123954

“Perkara berkaitan politik, saya terbuka. Tetapi bagi hal yang bukan sahaja melibatkan saya, malah orang lain termasuk keluarga, lebih baik proses itu dihormati.”

Dalam masa yang sama, ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Bella Astillah, beliau berharap agar diberikan ruang privasi kerana ia melibatkan ramai pihak termasuklah keluarga masing-masing.

“Dalam hal ini, kita semua tahu Bella merupakan seorang wanita dan ibu yang luar biasa dalam mendidik kedua-dua anaknya, dan pada masa sama mampu mengimbangi kerjayanya.”

“Kesibukannya mengalahkan saya, tetapi dalam urusan peribadi antara kami, saya lebih rela ia kekal peribadi.”

Apapun, semoga urusan Syed Saddiq dan Bella Astillah dipermudahkan.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.