in

“Memang ada lelaki yang ingin berkenalan” – Nor Hidayah Masih Belum Boleh Lupakan Arwah Abam

hidayah abam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan mudah untuk melupakan orang yang pernah hadir dalam hidup kita, tambahan pula orang itu adalah suami yang paling kita sayang.

Meskipun sudah empat tahun pemergian arwah Abam Bocey, Nor Hidayah akui dia tidak menolak takdir untuk mendirikan rumah tangga semula dan dipertemukan dengan jodoh yang baik.


Walau bagaimanapun menurutnya, buat masa ini dia masih belum terbuka hati untuk ke arah itu kerana masih tidak dapat melupakan arwah suami.

Artikel berkaitan: “Tiada niat untuk menolak” – Peguam Perjelas Kenapa Hidayah Minta Bayar Hutang Melalui Peguam

Artikel berkaitan: “Saya datang nak bayar hutang tapi ditolak” – Ali Puteh Terkilan Adik Hidayah Masih ‘Cari Pasal’

“Saya akui memang ada lelaki yang ingin berkenalan tetapi…” 

Menurut Hidayah, 32, dia ada juga menerima kiriman mesej beberapa orang lelaki yang meluahkan hasrat untuk berkenalan dengannya.

Namun, Hidayah memilih untuk tidak pernah membalas mesej tersebut kerana tidak berminat dan mahu fokus besarkan anak lelaki tunggalnya, Hamzah.

2009209

Saya akui memang ada lelaki yang ingin berkenalan dan menghantar mesej di Instagram tetapi saya tidak pernah membalas. 

“Ada juga yang datang kedai untuk berkenalan tetapi buat masa ini saya masih belum lagi berminat. 

“Sejujurnya saya terbuka hati untuk menerima lelaki lain dalam hidup saya sekiranya ada jodoh. Tapi buat masa ini saya mahu besarkan anak saya terlebih dahulu,” kata Hidayah.

Katanya lagi, dia mengakui masih belum dapat lupakan arwah Abam dan mahu mencari lelaki yang dapat menerimanya dan anak seadanya.

Arwah tetap di hati saya. Susah untuk saya melupakannya. Siapa yang nak berkenalan dengan saya perlu sayangkan anak saya juga. Saya mahu lelaki itu menerima Hamzah dengan saya sekali,” katanya lagi.

553 2

Untuk info, Hidayah dan Abam telah mendirikan rumah tangga pada 2017. Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 sebab demam panas pada usia 32 tahun.

Semoga Hidayah baik-baik saja dengan anaknya. 

Sumber: mStar

Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.