Selalunya, pasti kita lihat banyak kenderaan yang suka park merata dan langgar peraturan iaitu tidak meletakkan kenderaan mereka di petak yang sepatutnya. Misalnya, parking sampai terlebih garisan kuning, parking sampai halang laluan dan double park.
Biarpun perbuatan itu teruk, masih ada yang tidak ambil peduli, selamba meletakkan kenderaan mereka di petak yang disediakan khusus untuk orang kurang upaya (OKU). Lebih teruk lagi, ada pula yang selamba meletakkan motor mereka di dalam kotak yang dah ada kereta sampai pemilik kenderaan susah nak masuk kereta.
Paling menjengkelkan, individu yang melakukan perbuatan yang boleh dikatakan tidak bermoral itu adalah pihak berkuasa sendiri. Parking motor dalam kotak OKU yang dah ada kereta.
Disebabkan tindakan itu, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu didenda oleh pihak sebuah kawasan residensi iaitu kena clamp oleh pengawal keselamatan.
Perkara ini tular menerusi satu rakaman video berdurasi 67 saat menunjukkan pengawal keselamatan sedang menanggalkan besi clamp itu. Difahamkan anggota polis itu juga dikenakan kompaun.
Sudah semestinya ia menarik perhatian netizen di Twitter, ada yang memuji pegawal itu yang berani dan tegas, bahkan ada juga yang puas hati tengok motor itu dikunci. Bahkan ada juga netizen yang mengecam tindakan anggota polis.
Biarpun waktu dan lokasi kejadian masih belum dikenalpasti, ada netizen mendakwa bahawa ianya berlaku di sebuah kawasan perumahan yang terletak di Damansara Perdana.
Hurm apapun, harap dapat dijadikan pengajaran, ada kuasa bertujuan untuk membendung dan kena jadi role model agar tidak menjadi ikutan.