Menjadi seorang suri rumah yang menjaga anak dan rumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah. Walaupun orang nampak macam duduk rumah je, namun hanya tuan badan yang tahu betapa penatnya buat kerja rumah, lebih-lebih lagi kalau kena jaga anak yang sedang membesar.
Itulah yang terjadi kepada seorang wanita ini apabila dia tidak perasan bahawa bayinya bukanlah hilang, sebaliknya sedang berada dalam dakapannya sendiri.
https://twitter.com/TheFigen/status/1505932593837006851
Baru-baru ini, sebuah video yang menunjukkan gelagat seorang wanita yang sedang menjaga anaknya viral di media sosial setelah dikongsikan oleh akaun Twitter TheFigen.
Video yang berdurasi selama 20 saat itu dipercayai telah dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di ruang tamu rumah wanita berkenaan.

Dalam video tersebut, wanita yang memakai baju t-shirt berwarna kuning itu dilihat terkejut apabila melihat anaknya yang berada dalam walker tiba-tiba hilang.
Dia kemudiannya mencari-cari anaknya di sekitar ruang tamu itu tanpa menyedari bahawa anaknya berada di depan mata je.
Setelah beberapa saat, barulah dia sedar bahawa bayi tersebut sebenarnya berada dalam dakapannya.

Rentetan video terbabit, ramai juga netizen di luar sana yang mengatakan mereka turut sama boleh relate dengan situasi yang terjadi kepada wanita ini.
Ini kerana kadang-kadang bila dah terlampau penat, otak kita pun akan jadi loading.
Ada juga yang menyamakan situasi tu seperti mencari cermin mata yang hilang tanpa sedar bahawa kita sebenarnya dah pakai dah pun cermin mata tu.
I remember looking for my phone well it was in my hands and someone did ask me do I hv two cell phones thn I said no thn he says so what are u looking for coz u hv ur phone ? in ur hands
— MPULLY (@MPULLY4) March 21, 2022
This goes with this? pic.twitter.com/v8XUdYMPVB
— Maneesh Mohnot ?? (@winsplit) March 21, 2022
Siapa yang pernah kena macam ni jugak? Kemain cari barang yang disangka hilang, rupanya benda tu kita dah jumpa dah pun tapi tetap tak perasan.
Baca: Pasangan Suami Isteri Terpaksa ‘Jual’ Anak Kerana Tidak Mampu Bayar Bil Hospital

