in

“Meleleh air mata!” – [VIDEO] Netizen Terharu Lihat Perjalanan Pemindahan Buah Pinggang Adik Beradik Ini

Untitled Design 2022 06 10T112445.035

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemindahan buah pinggang ialah pembedahan pemindahan organ buah pinggang kepada pesakit dengan penyakit buah pinggang peringkat akhir, ia biasanya dikelaskan sebagai pemindahan penderma mati (deceased donor) atau penderma hidup (living donor) bergantung kepada sumber organ penderma.

Kerosakan buah pinggang boleh berpunca daripada penyakit lain seperti darah tinggi, diabetes, sakit jantung serta kanser.


Baru-baru ini, sebuah video tular di TikTok di mana seorang adik menderma sebelah buah pinggang kepada kakaknya.

@atikah_chewan

@syafikahchewan #renaltransplant #kidneytransplant #beanshapedfighter

♬ suara asli – in_music6 – Rodeo

Video yang dimuat naik oleh @atikah_chewan itu menunjukkan dia berterima kasih kepada adiknya kerana sanggup mendermakan buah pinggang kepadanya.

Adiknya itu dikatakan sangat manja dan dia sendiri tidak tahu bagaimana dia mempunyai kekuatan untuk memberikan buah pinggangnya kepada kakaknya yang difahamkan diuji dengan kerosakan buah pinggang.

“Kalau kakak kat tempat adik, belum tentu kakak sanggup buat apa yang adik buat ni. Pengorbanan yang paling besar yang tak mungkin orang lain sanggup buat.” tulisnya

“Besar pengorbanan adik”

Video itu telah mendapat lebih sejuta tontonan serta lebih 600 komen, rata-rata netizen turut sama mengalirkan air mata menyaksikan keakraban dua beradik dan pengorbanan adiknya itu.

Ruangan komen juga dipenuhi kata-kata semangat serta doa kepada kedua-dua adik beradik itu.

Adikberadik

Besar betul pengorbanan adiknya, kalau jadi kat kita agak-agak ada yang sanggup derma tak?

Baca: Cinta Itu Penuh Misteri, Wanita Restu Bekas Suami Kahwini Adik Kandung

Untitled Design 2022 06 10T112055.092

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.