in

Melecur Akibat Gas Meletup Masa Makan Hotpot, Mangsa Tak Puas Hati Hanya Terima RM4,000 Sebagai Pampasan

Ft Steamboat Hotpot Meletup

Beberapa individu mendakwa mengalami kelecuran tahap 1 dan 2 selepas dapur gas meletup di sebuah restoran hotpot di KL. Salah seorang mangsa, Jason Chiu, berkata bil perubatannya mencecah RM30,000, tapi, beliau memberitahu BFM News, restoran itu hanya menawarkan pampasan sebanyak RM4,000.

Video tersebut tular dan mendapat perhatian netizen, menerusi media sosial, Jason ada kongsikan butiran kejadian itu, menurutnya ia berlaku pada September tahun lalu.

 

Owner kedai janji nak tanggung kos

Dia menyatakan bahawa keluarganya memesan empat jenis makanan sebelum  dua daripada hotpot itu tiba-tiba terpadam hanya dalam tempoh lima minit dan seorang pelayan membantu mereka menghidupkan semula api.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, dua lagi hotpot turut terpadam. Jason menyatakan bahawa kali ini, pelayan lain membantu mereka menyalakan semula api. Katanya, pelayan ini menggoncang bekas gas itu dengan kuat sekali.

Screenshot 2023 01 11 191235

Tambah Jason, gas hotpot itu kemudian tiba-tiba meletup dan api menyambar dia dan bapanya di muka, belakang dan dada mereka. Dia mendakwa kakitangan hanya berdiri di situ selama lima minit pertama, sebelum seorang pekerja mengeluarkan alat pemadam api untuk memadamkan kebakaran.

Ibu Jason menghantarnya ke hospital manakala bapa dan dua adik perempuannya itu dihantar oleh pemilik kedai. Dia juga mendakwa bahawa pemilik restoran memberitahu keluarganya bahawa mereka akan bertanggungjawab dan menanggung semua perbelanjaan perubatan mereka.

Jason menambah, keluarganya memutuskan untuk menggunakan insurans mereka sendiri terlebih dahulu, bagi memastikan mereka mendapat rawatan secepat mungkin.

 

Hanya bagi jumlah sikit dan baucar makan sebagai pampasan

Pada bulan Oktober lepas, beliau mencadangkan pelan pampasan kepada pemilik restoran. Beliau memberitahu BFM News, keluarganya menuntut RM80,000. Bagaimanapun, tuntutan itu ditolak oleh pemilik kedai tersebut sebaliknya hanya tawar pakej pampasan RM3,000, ianya berbentuk wang tunai RM 2,000 dan baucar RM1,000 untuk menjamu selera di restoran itu.

Screenshot 2023 01 11 191258

Jason berkata lagi, pemilik restoran itu kemudiannya menawarkan peningkatan pampasan tunai kepada RM3,000 daripada RM2,000 selepas dia menolak pakej itu. Beliau menyifatkan tawaran itu sebagai tidak munasabah, kerana perbelanjaan perubatannya mencecah hampir RM30,000.

Oleh itu, Jason  memberitahu BFM News bahawa dia sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap restoran itu.

Baca : Makan Malam Keluarga Berubah Tragedi, 4 Cedera Akibat Alat Memasak ‘Steamboat’ Meletup!

Dapur Gas Meletup Steamboat