in

Melawan Hukum ‘Street Food’ Di India, Peniaga Guna Sarung Tangan Ketika Sediakan Makanan Dipuji Ramai

Cats 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda sering melayari Facebook sebelum tidur untuk memenatkan mata, pasti anda pernah menonton video berkenaan makanan jalanan atau dalam bahasa mudahnya, street food di India.

Mungkin sudah menjadi satu kebiasaan di sana, rata-rata peniaga street food di India menyediakan makanan dengan menggunakan tangan tanpa beralaskan apa-apa.


Melawan hukum street food

Namun, lain pula situasi yang ditunjukkan dalam satu video tular apabila seorang peniaga street food di India menggunakan sarung tangan ketika menyediakan makanan dan gerainya kelihatan bersih dan rapi.

Rakaman ini ternyata mengejutkan ramai yang rata-ratanya memuji peniaga ini kerana tidak mengikut kebiasaan peniaga di sana yang sering menggunakan tangan ketika menyediakan makanan.

1 1 4

Siap guna senduk dan pinggan yang bersih

Lebih mengagumkan, peniaga tersebut menggunakan senduk ketika mengambil sejenis kuah untuk diletakkan di atas makanan.

Untuk rekod, kebiasaannya peniaga street food di India akan mencelup makanan dan tangan mereka ke dalam bekas kuah sebelum diberikan kepada pelanggan.

https://www.tiktok.com/@a.rev/video/7087092295752830234?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&refer=embed&referer_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F&referer_video_id=7087092295752830234

Pemakaian peniaga tersebut turut dipuji oleh warganet kerana dia memakai baju yang bersih dan rapi. Malah, peniaga ini turut memakai pelitup muka untuk keselamatan pelanggan.

Benda bagus harus dipuji

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet memuji peniaga street food tersebut kerana tidak mengikut cara penyediaan makanan oleh peniaga-peniaga yang lain.

“Pertama kali penjual makanan di India bersih, siap pakai sarung tangan. Biasanya astaga…”. komen seorang warganet.

Macam ni barulah nampak sedap!

BACA: 2 Tahun Terpisah, Lelaki Nekad Dayung Bot Dari Phuket Ke India Untuk Lepaskan Rindu Pada Isteri

Capture 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.