in

Mekap Pembaca Berita RTM Disamakan Seperti Suzanna, Pemilik Akaun TikTok Mohon Maaf

F1 Penyampai Berita Rtm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kecoh di media sosial apabila mekap wajah seorang pembaca berita wanita di saluran TV RTM telah disamakan seperti Suzanna iaitu mendiang pelakon seram Indonesia oleh seorang pemilik akaun TikTok yang dikenali sebagai Syukfendi.

1 1

Pemilik akaun TikTok tersebut telah memuat naik video rakaman siaran lintas langsung berita yang dibacakan oleh pembaca berita itu namun wajah pembaca berita itu sepertinya telah disunting kerana wajahnya ketika siaran di televisyen bukanlah seperti yang dikatakan tersebut.


2 2
Wajah sebenar penyampai berita di televisyen

Setelah kecoh di media sosial, RTM tampil mengeluarkan kenyataan tentang isu mekap wajah pembaca berita tersebut yang dikenali sebagai Nor Amalina Abdul Halim.

@ohnanadadada

Replying to @syukfendi Bukan salah pembaca berita or salah MUA. Tapi salah kau sendiri sengaja tabur cerita nak fyp sangat, sampai jadi bahan fitnah. Kau better tukar hp or tv zaman 80an kau tu ya. Merangkaklah esok nak minta maaf sebar muka orang jadi macam tu. Padahal orangnya cantik, make up pun elok. Kerja awak sebar muka orang je, muka sendiri mana? Pengecut. Astaghfirullah. #fypシ #fypage #fyphariini #fypmalaysia

♬ original sound – Ferizagui

Pihak RTM dalam satu kenyataan mengatakan pihak mereka telah menerima permohonan maaf dari pemilik akaun TikTok tersebut.

Rakaman video asal berita tersebut yang disiarkan melalui platform RTMKlik dan siaran di televisyen pada petang hari berkenaan tidak seperti yang ditularkan. Video yang tular itu seolah-olah telah disunting semula, terutama solekan di bahagian lingkaran mata penyampai berita berkenaan,” ujar Timbalan Pengarah Berita Ehwal Semasa RTM.

Artikel Berkaitan: “Terbaik RTM” – Netizen Puji Pembaca Berita Pakai Mafla Palestin Ketika Baca Laporan

Artikel Berkaitan: “Saya terfikir anak saya” – Pembaca Berita Sebak Waktu ‘Live’, Baca Kes Budak 4 Tahun Maut Kemalangan

401078408 766116402226177 320508740668377848 N

RTM memang terbuka dalam menerima nasihat, pandangan atau sebarang teguran daripada penonton rancangan terbitan saluran TV mereka namun pandangan yang sengaja ditularkan dengan sedikit tokok tambah adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: Facebook 

Sumber: X
Sumber: mStar
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.