• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Berita Sosial

“Mcm mana dorang tahu ada emas?” – [VIDEO] Perompak ‘Hijack’ Kenderaan Pengedar Emas di Highway Sg Besi, Bawa Lari & Bakar

by Sue Idris September 22, 2020, 4:51 pm

ShareTweet
Rompak Highway

Tular di media sosial rakaman video menunjukkan beberapa orang individu melakukan rompakan bersenjata di Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), semalam. Menurut Sinar Harian, mangsa merupakan seorang jurujual sebuah syarikat pengedar emas berdepan dengan detik cemas itu pada jam 3.35 petang.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi berkata mangsa yang ditemani seorang rakannya dalam perjalanan dari Jalan Kuchai Lama menghala ke Sungai Besi sebelum dua buah Hilux menahan kenderaan mereka.

“Dua buah kereta jenis Hilux warna hitam menahan kereta mangsa, kemudian seramai tiga suspek bersenjatakan parang memecahkan cermin kereta itu.”

Suspek menarik mangsa dan rakannya keluar dari kereta sebelum melarikan kenderaan itu bersama wang tunai dan emas.”

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/2829722210636413

 

Mangsa cedera, kenderaan dibakar suspek

Menurut Harian Metro, semua suspek berbadan besar memakai baju lengan panjang serta memakai topeng ski dan disebabkan rompakan itu, mangsa serta rakannya dilaporkan cedera.

Zairulnizam berkata, mangsa mempunyai urusan jual emas kepada beberapa kedai emas di Kuala Lumpur dan hasil siasatan awal, polis telah menemui kenderaan tersebut dalam keadaan terbakar.

“Hasil maklumat awal, kereta mangsa ditemui di kawasan Damansara, Petaling Jaya, Selangor dalam keadaan terbakar.”

Kereta 1

Pihak polis kini sedang mengesan kesemua suspek yang terlibat dan orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh hubungi Pegawai Penyiasat kes di talian 03-2297922. Anggaran kerugian juga masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

 

“Macam ada orang dalam bagitahu”

Melalui Twitter dan Facebook, sesetengah netizen berasa curiga dan tertanya bagaimana kesemua suspek tahu kenderaan tersebut membawa emas serta barang berharga.

Mereka mengesyaki kejadian samun itu telah dirancang dari awal dengan teliti dan turut mempunyai syak wasangka terhadap ‘orang dalam’ yang mungkin terlibat sama. Tapi, ada juga yang kata mungkin suspek dah perhatikan mangsa sebelum kejadian.

Facebook

Twitter

 

Apa-apa pun, saksi diminta tampil ke balai untuk bantu polis  selesaikan kes ini…

Baca: [VIDEO] Pakai Mask & Hand Sanitizer Sebelum Merompak Kedai Emas, Kumpulan Perompak Ini Tarik Perhatian Netizen

2India

Sumber: Twitter
Sumber: Facebook
Sumber: Twitter

Terkini

  • Ft Betty Rahmad

    “Tak ada sebelum dan selepas kejadiannya” – Terpalit Isu Tengking Staf, Betty Rahmad Cerita Situasi Sebenar

  • Syaz Ft 2026 03 02T162942.033

    Tular Lagi Video Individu Pij*k Al-Quran, MCMC Sahkan Ia Video Lama & Pelaku Warga Singapura

  • Ft Bapa Rogol Anak

    Bapa Mengaku Bersalah R*gol & L*wat Anak Sendiri Usia 6 Tahun

  • Syaz Ft 2026 03 02T154454.074

    “Depan rezeki pun nak maki?” –  Adriana Adnan Sebak Tengok Pekerja Roti John Dihina ‘Owner’ Sendiri

  • Ft Ustaz Vs Tareq

    “Sebut nama saya dalam podcast, block saya pulak” – Ustaz ‘Hilang Sabar’ Dengan Sikap Tareq Fit

Video Terbaru

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

  • Thumbs Komando 3

    Disebalik Beret Hijau, Leftenan Youn Bongkar Realiti Latihan Komando | PotPetCast

Siaran Akhbar

  • Ft Rapid Rail

    “Hanya SOP, bukan gangguan” – Rapid Rail Perjelas Isu Pengeluaran Tren

  • Ft Tenaga Nasional Feb25

    Penggerak Kemajuan Negara: Pertumbuhan TK2025 TNB Kembalikan Nilai Kepada Rakyat

  • Collage 26

    Bazar Ramadan Putrajaya Kini Digital Bersama foodpanda Malaysia, Menghantar Juadah Kegemaran Terus ke Pintu Rumah Rakyat Malaysia

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

Terkini

  • Ft Betty Rahmad

    “Tak ada sebelum dan selepas kejadiannya” – Terpalit Isu Tengking Staf, Betty Rahmad Cerita Situasi Sebenar

  • Syaz Ft 2026 03 02T103852.109

    “Customer semua nampak” – Peniaga Singapura Dakwa Betty Rahmad Kurang Ajar, Jerit Dekat Staff

  • Intan Najuwa

    Ada Yang Persoal Jarak Kehamilan Kedua, Intan Najuwa Jelaskan Sudah Terima Nasihat Pakar Sakit Puan

  • Syaz Ft 2026 02 26T130551.331

    “On Ramadan? Seriously?” – Penyanyi Rap Wanita Terima Kecaman Gara-gara Berpakaian S*ksi Dalam Hantaran Di Threads

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube