Kurang seminggu lagi kita akan meyambut Hari Raya Aidil Adha. Walaupun kemeriahannya kurang sedikit berbanding sambutan Hari Raya Aidil Fitri, tidak dinafikan ada kedai-kedai yang membuat potongan istimewa barangan mereka, termasuk lah kedai kasut.
Namun apa yang memeranjatkan netizen bukanlah potongan harga yang gila-gila oleh kedai kasut ini, tetapi kehadiran tetamu tak diundang yang lebih menarik perhatian.
Sebuah kedai kasut yang terletak di tingkat dua telah diceroboh oleh seekor biawak. Min pun tak pasti macam mana dan kenapa biawak tu nak naik sampai tingkat dua.
Korang boleh tengok video @laniaoficall untuk lihat sendiri kejadian tu.
@
Macam mana boleh naik?
Rata-rata netizen turut sama geli dan bingung dengan kehadiran biawak ke dalam kedai itu. Entah apa yang dicarinya sampai naik tangga tu min pun tak pasti.
Itu lah, selalunya sales dekat kedai kita akan target manusia. Siapa sangka kan gorgon besar yang datang jadi tetamu tak diundang.
Mungkin biawak tu nak cari kasut kot. Sebab tu macam kalut sangat naik tangga dan buat huru-hara dalam kedai orang. End up tak beli pun hahaha.
Persoalan ini masih menjadi misteri. Kalau kedai dekat tingkat bawah tu kita boleh faham lah, mungkin tersesat ke apa. Ini gigih naik tangga sampai masuk dalam kedai, misteri gak.
Pengajaran di sini, lepas ni kena tutup pintu rapat-rapat. Untuk korang yang kerja dekat pejabat atau kedai tingkat atas tu pun jangan ingat korang selamat tau. Bila-bila masa sahaja biawak boleh masuk kedai.
Untuk korang yang tertanya-tanya, biawak tu dah selamat dikeluarkan oleh seorang lelaki pekerja pembinaan. Video bahagian kedua korang boleh tengok dekat bawah ni.
@
Baca: [VIDEO] – Wanita Panik, Biawak Besar Panjat Dinding Masuk Dalam Rumah Melalui Lubang Udara