in

MB Selangor Nafi Dakwaan ‘Sound’ Ustaz Ebit Lew Dalam Isu Bantuan Air

dd 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi tadi tular berita berkenaan bantuan air yang disediakan oleh Ustaz Ebit Lew kepada penduduk di Batu Caves, Selangor yang mengalami masalah gangguan air.

d2 2 8

 

Tidak lama selepas itu, tular satu headline sebuah portal berita tempatan yang didakwa palsu menyebut bahawa Amirudin berkata “Situasi Terkawal, Ebit Lew jangan berlagak baik”.


Namun, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari nafi telah mengeluarkan teguran secara kasar terhadap pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Penafian itu telah dikongsikan di laman Twitter peribadi milik Amiruddin pada petang tadi.

“Kenyataan berikut adalah palsu. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Penafian juga telah dibuat oleh wartawan Malaysiakini,”

Pihak MalaysiaKini juga menolak sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan mengatakan tidak pernah menerbitkan berita palsu itu.

 

Isu berita palsu ni jangan buat main. Kalau sampai mencemarkan nama dan kredibitili seseorang. Pesalah boleh didakwa! Jadi janganlah keluarkan berita palsu macam ni lagi.

Baca: “Mantul ustaz!” – Selangor Tak Ada Air, Ustaz Ebit Lew Beli Air 2 Lori Besar Untuk Diagihkan di Kawasan Batu Caves

ebit lew

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.