in

‘Mayat’ Menjerit Kesakitan Ketika Kakinya Dibelah Untuk Diawet

Untitled Collage 19 E1610775358581

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki yang telah diisytiharkan meninggal dunia oleh doktor perubatan tiba-tiba hidup kembali dan meraung kesakitan, ketika kakinya sedang dibelah untuk diawet.

Memetik The Sun, kejadian dilaporkan berlaku di Kenya. Lelaki yang dikenali sebagai Peter Kigen itu dikatakan sedar semula apabila petugas perubatan di bilik mayat sedang memulakan proses pengawetan mayatnya — kira-kira empat jam selepas Kigen disahkan meninggal dunia.


Kigen yang berasal dari sebuah perkampungan di Bureti, dilapor pengsan di kediamannya kerana mengalami sakit perut sebelum dibawa ke hospital oleh keluarganya pada Selasa lalu.

Ketika di hospital pula, abangnya kemudian mendakwa dia telah dimaklumkan oleh seorang jururawat bahawa Kigen disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Dia kemudiannya diminta mengisi sekeping borang untuk diberikan kepada petugas bilik mayat, sebelum Kigen turut dipindahkan ke bilik berkenaan.

Z

Namun beberapa jam kemudian ketika petugas sedang memulakan proses pengawetan mayat Kigen, lelaki itu tiba-tiba bergerak dan meraung kesakitan. Ketika itu baru mereka menyedari bahawa Kigen sebenarnya masih hidup.

Kigen kemudian dibawa mendapatkan rawatan, dan dibenarkan pulang beberapa hari selepas itu.

Kejadian tersebut menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli keluarga dan pihak hospital, bagaimana seorang lelaki yang masih hidup boleh diiystihar mati tanpa sebarang pengesahan perubatan terlebih dahulu.

Namun bagi Kigen, dia menyifatkan kejadian ‘mati hidup semula’ yang dialaminya itu sebagai satu rahmat dari Tuhan.

 

Baca: Disangka Mati, ‘Mayat’ Hidup Semula Selepas Semalaman Di Dalam Peti Sejuk Beku

Capture 34

Sumber: The Sun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.