Macam yang korang semua tahu, esok merupakan hari Maulidur Rasul iaitu hari sambutan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Biasanya kita akan menyambut hari kelahiran Rasulullah ini dengan menzahirkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad dengan melakukan perkara-perkara yang baik seperti berselawat serta melakukan sunnahnya.
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Quran 21:107)
Kelahiran Nabi Muhammad merupakan rahmat yang terbesar bagi umat ini dan seluruh alam. Ia juga telah mengubah sejarah. Kalau korang nak tahu, sebelum kelahiran Rasulullah SAW, ibunya Aminah dikatakan telah melihat satu cahaya ketika mengandungkannya, kemudian ketika melahirkan, cahaya tersebut telah memancar dengan sangat terang sehingga boleh melihat istana-istana di Syria.
Artikel berkaitan: Bakal Diadakan 2 Hari Lepas Maulidur Rasul, Netizen Gesa Konsert Viral Lagu TikTok Dibatalkan
Artikel berkaitan: Semakan Jabatan Agama Dengan Pihak Maghribi Dapati ‘Cicit Rasulullah’ Dikait 6 Kontroversi Termasuk Penipuan Duit?
Terdapat banyak lagi mukjizat yang berlaku bagi menandakan kelahiran baginda, jadi sempena Maulidur Rasul ni, jom kita tengok tanda-tanda keajaiban yang berlaku ketika Rasulullah dilahirkan.
1. Api Parsi terpadam
Imam Baiqahi meriwayatkan dari Hani’ I-Makhzumi:
Pada malam kelahiran Pesuruh Allah (SAW), api di Parsi yang telah menyala dan terbakar tanpa henti selama beribu-ribu tahun telah terpadam.”
Sebelum zaman Islam, orang-orang Parsi dikenali sebagai penyembah api dan menyekutukan Allah SWT. Namun, sejurus selepas Rasulullah dilahirkan, api tersebut terpadam. Ia merupakan petanda kepada ajaran yang disampaikan kepada kita sehingga hari ini, iaitu hanya beriman kepada Allah yang Esa.
2. Gerbang Takhta Istana Kisra bergegar
Gerbang takhta yang digelar sebagai Aywan dan menunjukkan pergeseran politik ini telah menjadi petanda kelahiran Rasulullah. Gerbang istana maharaja purba Parsi ini telah bergegar pada hari kelahiran Nabi Muhammad.
3. Empat belas balkoni diraja runtuh
Empat belas balkoni dari Istana Kisra yang diriwayatkan oleh Baihaqi merupakan tanda bahawa pemerintahan Parsi hanya akan bertahan selama empat belas raja sahaja. Ini memang apa yang berlaku. Raja ke-14 dan terakhir Parsi telah memerintah dari hari kelahiran Rasulullah sehingga Muslim memusnahkan keseluruhan Empayar Parsi.
4. Tasik Saawah kering
Dalam riwayat Baihaqi turut menyebut tentang tasik Saawah yang terletak di Qum dan Hamadan (sekarang timur Iran). Ketika malam kelahiran Nabi Muhammad, tasik yang sangat besar sehingga membolehkan kapal-kapal untuk berlayar di dalamnya telah kering.
Tempat ini dikenali sebagai kota kejahatan dan petanda ini juga turut menunjukkan tentang kekuasaan Allah serta peringatan kepada penduduk Saawah.
5. Berhala di Mekah jatuh
Ketika kelahiran Rasulullah SAW, sebanyak 360 berhala yang telah dibina dengan tapak yang kukuh dari timah telah terjatuh di sekeliling Kaabah. Tak cukup dengan itu, satu berhala bernama Hubal yang diletakkan di dalam Kaabah menyerupai bentuk badan manusia dan dipercayai boleh meramal masa depan turut terjatuh. Orang-orang kafir pada ketika itu telah membaling panah ke arah berhala dan menggunakan arah panah jatuh sebagai jawapan yang diberikan berhala kepada mereka.
Berhala jatuh ini turut disaksikan sendiri oleh datuk Rasulullah, Abdul Muttalib yang ketika itu sedang melawat rahib Kristian yang tinggal di luar Mekah untuk mendapatkan tafsiran.
6. Tahkta Iblis runtuh
Iblis seperti yang kita tahu mempunyai kompleks seperti tuhan yang telah melihat takhta Allah berada di atas air seperti yang disebut di dalam Quran.
Dan Dia lah yang menjadikan langit dan bumi dalam masa, sedang “ArasyNya, berada di atas air (Ia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) berkata: “Bahawa kamu akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati” tentulah orang-orang yang ingkar akan berkata: “Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir yang nyata (tipuannya)”. Quran 11:7
Jadi apabila iblis telah dihalau dari syurga, dia telah membuat takhta di atas air di bumi. Takhta ini telah runtuh ketika kelahiran Rasulullah sehingga iblis telah menghantar jin untuk menyiasat apa yang berlaku dari syurga terbawah.
Imam Ibn Kathir juga pernah meriwayatkan:
Iblis telah menangis dengan kuat sebanyak empat kali, pertama ketika Allah melaknatnya, kedua ketika dia diusir dari syurga, ketika ketika Rasulullah SAW lahir dan keempat ketika Surah Al-Fatihah diturunkan.”
7. Syaitan diserang dengan bintang jatuh
Syaitan pernah naik ke langit terbawah untuk mendengar perbualan malaikat-malaikat yang berada di sana dengan niat untuk mendengar tentang nasib manusia, ia juga turut disebut di dalam Quran:
Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.
Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.” Quran 72:8&9
Ketika kelahiran Rasulullah SAW, mereka telah diserang dengan api dan komet. Ia adalah antara petanda bahawa iblis telah dihalang dari mendengar berita dari langit sehingga mereka berlari keluar.
Sumber: Muslim Hands