Baru-baru ini, sebuah video yang dimuat naik oleh seorang lelaki Mat Salleh yang mendakwa rakyat Malaysia kurang mesra dan kedekut senyuman berbanding dengan masyarakat Thailand telah meraih perhatian ramai.
Katanya itu pengalaman pahit yang diterima sepanjang dia melancong sekitar Melaka. Tambahnya lagi, rakyat Malaysia seperti tidak mengalu-alukan kedatangannya ke negara ini.
Video terbabit bagaimanapun mendapat kecaman netizen dan ramai merasakan bahawa lelaki yang bernama Marilyn ini sebenarnya mahu mencari perhatian di media sosial.
Artikel berkaitan: “Tak ramai beri saya attention” – Mat Salleh Dikecam, Dakwa Rakyat Malaysia Tak Ramah Dan Malas Senyum
Or maybe people are just minding their own business? pic.twitter.com/TuWfKWirGa
— @ (@anthraxxx781) April 14, 2024
Muat naik sebuah video sindir rakyat Malaysia?
Seolah-olah ‘koyak’ dengan kritikan netizen Malaysia pada tempoh hari, Marilyn memuat naik sebuah lagi video memberi respon balasnya.
Dalam video terbaharu itu, dia mendakwa warga Thailand akan memandang ke arahnya apabila berselisih jalan dengannya.
“Sila lihat rakyat Malaysia, ini bagaimana cara untuk memberi perhatian kepada ‘orang putih’, belajar,” tulisnya di ruangan kapsyen.
@marilyn_ruv See Malaysians how u should pay attention to white person, study🤭 #travel #fyp #malaysia
Bagaimanapun, netizen yang meninggalkan komen di ruangan video itu menganggap lelaki itu terlalu sensitif sehingga perkara itu dijadikan isu.
Sementara itu, netizen Thailand pula menafikan warganya dalam video terbabit sedang memberi perhatian kepada Mat Salleh terbabit, sebaliknya itu adalah pandangan pelik.
Apa pun, tak semua perangai orang luar sebegini. Dalam setandan pisang, tak semuanya busuk…
Sumber: TikTok