Penyanyi senior terkenal telah membuat pengumuman bahawa dia telah kembali bergelar isteri kepada seorang lelaki yang menetap di Australia baru-baru ini.
Pengumuman tersebut telah dimuat naik di laman Instagram rasminya yang memaparkan sebuah foto gambar perkahwinan bersama pihak keluarga dan suaminya.
“Assalamualaikum kpd semua yg memberi ucapan tahniah dan doa untuk kami berdua, semoga Allah memberkati segala urusan kita bersama.”
Berkahwin di usia 71 tahun
Difahamkan juga, Salamiah Hassan telah ditawan hati oleh lelaki Australia yang bernama Gerald Hughes pada usia 71 tahun selepas mengenali antara satu sama lain selama 15 tahun. Mereka berdua telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz mas kahwin sebanyak RM320.
“Love all of you for supporting me and will be me so often as tho as I have never left.”
Penyanyi tersebut juga membuat keputusan untuk menetap di Australia selepas ini kerana ingin bersama suami di sisi.
Atilia juga berkongsi kebahagiaan mereka di Instagram
Anak kepada Salamiah Hassan iaitu Atilia Haron juga turut mengambil kesempatan dalam berkongsi kebahagiaan ibu dan ayah barunya di laman Instagram rasmi miliknya juga.
Menerusi hantaran yang dikongsi olehnya, dilihat Atilia sedang menonton momen indah ayah barunya yang melafazkan syahadah dan memeluk agama Islam sebelum disatukan sebagai suami isteri.
https://www.instagram.com/p/Ch9Ia3tM91o/
Dia juga meluahkan rasa gembira dan bersyukur apabila ibu tersayang telah bertemu kebahagiaannya selepas 35 tahun hidup bersendirian.
“Kita menerima saudara baru pagi ini, Gerald Hughes Alhamdulilah! And my mother, love of our lives found her happiness too.”
Sebelum ini, Salamiah pernah mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Raja Haron Raja Aziz dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raja Ahmad Shah dan Raja Atilia.
Tahniah Salamiah Hassan dan semoga sentiasa bahagia bersama suami tercinta!
