
Siapa sahaja yang mahukan kemalangan terjadi pada diri kita? Pastinya semua tidak mahu. Namun sekiranya ia berlaku, semuanya sudah ditetapkan walaupun kita cuba sedaya upaya untuk mengelak daripadanya.
Sama seperti kejadian ini, di mana seorang lelaki yang menunggang motosikal dipercayai tersepit di bawah van membawa pelancong dari negara luar. Tidak dapat dipastikan di mana dan bila kejadian tersebut berlaku, namun video mengenai kemalangan itu tular di media sosial sejak Isnin yang lepas.

Menurut perkongsian di Facebook, salah satu video yang telah tular di media sosial mendapat kritikan dan cemuhan yang hebat daripada netizen. Ini kerana perakam video berkenaan telah mengutuk mangsa serta melabelkannya sebagai Mat Rempit. Haihhh mulut tu…
Menurut rakaman berkenaan, beberapa wanita dan lelaki telah mengutuk mangsa selepas mendakwa mangsa konvoi bermotosikal dan menunggangnya secara merbahaya. Juga dikatakan, mangsa turut berlumba di atas jalan raya berkenaan. YEKE NI?!
Namun, tindakan mereka yang mengeji mangsa yang sedang tersepit di bawah van itu seolah-olah tidak berperikemanusiaan. Ada juga netizen yang melabelkan mereka ‘bermulut puaka’ kerana mengecam mangsa tanpa memikirkan keadaannya pada waktu itu.
Video berdurasi 44 saat itu telah ditonton lebih 50,000 kali dan mendapat lebih daripada 700 reaksi serta dikongsi lebih 700 kali.
Antara kata-kata yang yang dikeluarkan oleh perakam tersebut,
“Padan muka kau, aku geram ini. Merempitlah lagi. Kawan-kawan kau tu kau lagi tinggalkan, matilah, padan muka”
“Angkat van itu, bawah van diseret dan tengok kawan kau itu. Van itu bawa pelancong, buat malu sahaja, inilah orang Malaysia”

Seorang pengguna Facebook berkata,
“Merempit atau menunggang motosikal secara berbahaya memang menyalahi undang-undang. Tetapi itu bukan bererti seseorang boleh mengecam sesuka hati tindakan pelaku”
“Merempit menganggu keselamatan tetapi perempuan yang merakam ini tiada hak hendak mengecam begitu. Takut pantul balik kata-kata tu pada keturunan dia nanti”
Juga rata-rata netizen mempersoalkan kata-kata wanita berkenaan yang sememangnya tidak patut.
“Jangan padan muka kat orang, nasib kita esok belum tahu lagi. Anak-anak kita pun bawa motor juga. Mungkin dia salah seorang yang korang cakap padan muka tadi. Sekadar mengingati diri sendiri je”



Kalau betul pun dia Mat Rempit, alahai tak patutnya cakap macam tu.. Kesian mak ayah dia kalau tengok video ni…
Baca: “Bodoh tak kena tempat..” – Netizen Kecam Penunggang Motorsikal yang Ditimpa Kemalangan Ini