in

“Mat Kilau sekali?” – Ini 5 Filem Lokal Yang Pernah Terpalit Kontroversi Di Malaysia

F2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dapat dinafikan, filem-filem dekat Malaysia ni banyak yang hebat-hebat dan seronok untuk ditonton. Namun begitu, ada juga yang terlibat dengan kontroversi sehingga timbul isu-isu yang tak sedap didengari sewaktu tayangannya berlangsung.

Jadi, untuk artikel kali ni, min nak cerita pada korang lima filem tempatan yang pernah terpalit kontoversi dalam Malaysia. Jemput baca! 


1. Tanda Putera

F1

Filem yang diangkat dari kisah benar iaitu peristiwa 13 Mei 1969 telah menimbulkan isu semasa tayangannya pada 2013. Walaupun bergenre sejarah dan politik di Malaysia, ia tetap terpalit dengan kontroversi yang hangat diperkatakan dulu.

Salah satunya, ahli parlimen pembangkang ketika itu mendakwa bahawa filem tersebut menggambarkan kaum Cina dan parti politik DAP dalam bentuk yang negatif dan tak tepat.

Selain itu, pada laman rasmi Facebook filem ni, terdapat satu hantaran yang menunjukkan gambar sorang ahli parlimen, Lim Kit Siang yang dibawa jauh oleh sekumpulan pegawai beruniform dengan kapsyen yang mendakwa dia telah membuang air kecil pada bendera Selangor yang berada di rumah bekas Menteri Besar negeri itu, Harun Bin Idris.

Bagaimanapun, Lim menafikan dakwaan tersebut begitu juga pengarah filem ini, Shuhaimi Baba yang mengatakan bahawa watak bekas ahli parlimen tu tidak dipaparkan dalam filem.

Shuhaimi juga menegaskan yang filem ni adalah berdasarkan fakta-fakta sejarah yang benar serta bukan dibuat sebagai propaganda dalam negara.

Artikel berkaitan: Ini 7 Filem ‘Kontroversi’ Yang Haram Ditayangkan Di Pawagam Malaysia

2. Babi 

Ce Babi2 1

Filem 2020 yang diarahkan Namewee ni juga dikatakan berdasarkan kisah sebenar yang berlaku pada tahun 2000 di sebuah sekolah di selatan Malaysia yang menyaksikan beberapa siri rusuhan kaum dalam kalangan pelajar.

Seperti yang korang tahu, isu perkauman ni adalah benda yang sangat sensitif di Malaysia. Jadi, mungkin disebabkan itu, Namewee mendakwa bahawa filemnya telah diharamkan dalam negara kerana berunsur provokatif dalam aspek perkauman.

Sampaikan, ada pihak yang buat laporan polis mengenai filem ni sehingga menyebabkan penerbitnya, Toh Han Boon didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan mengambil bahagian dalam pengeluaran filem itu dan mempamer poster tanpa lesen daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Biarpun begitu, Namewee berkata yang filem tu dibuat untuk dijadikan pedoman dalam perpaduan kaum di Malaysia.

3. Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan 

Dscf9297

Siapa sangka, filem pahlawan Tanah Melayu yang pernah dibanggakan orang ramai ini turut menerima kontroversi dari pelbagai pihak.

Sebagai contoh, Presiden Pertubuhan Kebajikan Adat Budaya Malaysia, Pak Li mengkritik poster filem yang menampilkan salah sorang pelakon, Jalaluddin Hassan memakai Keris Jawa di pinggang yang sepatutnya menggunakan Keris Pahang sepertimana yang dipakai pahlawan Melayu terdahulu.

Selain tu, Mat Kilau turut menerima kecaman daripada penganut agama Sikh di mana watak tentera Sikh dalam filem tersebut dikatakan dapat memberi gambaran buruk dan salah faham terhadap komuniti dorang.

Biarpun begitu, pengarah urusan Studio Kembara yang menerbitkan filem ini, Abdul Rahman Mt. Dali mengatakan yang gambaran Sikh dalam filem adalah berdasarkan fakta sejarah sebenar.

Tak cukup dengan tu, ahli akademik dan pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Hafidzi Mohd Noor turut mendakwa filem ni tidak tepat tentang peranan pelbagai kaum ketika zaman penjajahan dulu. Katanya, ada juga pengawal Melayu yang bersekutu dengan penjajah dan bukan saja tentera Sikh seperti yang dipaparkan dalam filem.

Artikel berkaitan: “Ada serangan seksual?” – Ini 5 Kontroversi Paling Hangat Yang Pernah Terjadi Dalam Anugerah ‘Golden Globe’

4. Pulau

85B8A03D4C6D9Dd2F7993051E6Ee1C5F

Filem ni memang menjadi kontroversi hangat suatu ketika dahulu. Sebabnya, banyak adegan panas dan 18+ yang ditayangkan dalam filem. Oleh itu, ada pihak juga yang mendakwa filem ni sangatlah tak sesuai untuk dipertontonkan kerana bercanggah dengan budaya masyarakat di Malaysia.

Apa yang lagi memburukkan keadaan, ia turut melibatkan beberapa pelakon Islam yang lain seperti Ikmal Amry dan Alif Satar. Disebabkan tu, ramai yang tak sangka dorang sanggup mengambil bahagian dalam filem sebegini.

Pun begitu, filem ni tak diharamkan tayangannya dalam negara namun, hanya memperoleh jumlah kutipan yang sedikit.

5. Mentega Terbang 

Bhmentega17 1705451219

Filem Mentega Terbang atau Butter-Fly ni turut tak terlepas dari kontroversi. Sebabnya, ia banyak juga menyentuh tentang sensitiviti agama dalam masyarakat terutama Malaysia yang berbilang agama dan bangsa.

Ia diarahkan oleh Khairi Anwar dan mengisahkan tentang konflik keagamaan seorang remaja Islam, Aisyah yang mendalami teologi pelbagai agama terutamanya persoalan tentang hidup selepas mati.

Apa yang membuatkan filem ni kontroversi, ia mempamerkan babak-babak di mana Aisyah mempersoalkan hukum-hakam dalam Islam serta bapanya yang berperwatakan liberal. Seperti yang korang tahu, perbuatan sedemikian amat bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

Disebabkan tu, filem ni telah diharamkan tayangannya di seluruh pawagam negara manakala penerbit dan pengarahnya, Tan Meng Kheng dan Khairi Anwar baru-baru ni telah didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan melukakan perasaan penganut agama lain.

Walau bagaimanapun, dorang berdua mengaku tak bersalah atas tuduhan tersebut dan dibenarkan juga untuk diikat jamin.

Sumber: Harian Metro, Wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.