in

“Masuklah kelas vokal”- Ajai Cadangkan Fazura Masuk Kelas Vokal Untuk Perbaiki Mutu Nyanyian

Ajai Cadang Fazura Sertai Kelas Vokal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, nyanyian pelakon popular, Nur Fazura di rancangan bual bicara Indonesia telah menjadi perhatian ramai kerana ramai memperkatakan kualiti nyanyian Fazura yang menyanyikan lagu Bertahan Demi Cinta itu.

Ramai juga artis lain yang turut memberi komen terhadap persembahan nyanyian Fazura itu.


16

Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai juga diminta oleh pihak media untuk mengulas tentang kualiti nyanyian Fazura itu ketika ditemui media selepas konsert kemuncak The Chosen One beberapa hari lalu.

Menurut Ajai, dia tidak gemar memberi komen terhadap kualiti nyanyian seseorang jika tidak menghakimi seseorang dalam pertandingan nyanyian, lapor Berita Harian.

Artikel berkaitan: “Tak sedap” – Sharnaaz Ahmad Beri Ulasan Jujur Mengenai Nyanyian Fazura

Artikel Berkaitan: “Kalau kita berduet bakat awak akan terserlah” – Aliff Syukri Puji Nyanyian Fazura

Namun, apabila dia diminta untuk mengulas tentang isu nyanyian Fazura yang hangat diperkatakan oleh netizen kini, Ajai berpendapat bahwa Fazura memerlukan penerbit yang berpengalaman yang mampu menghasilkan lagu sesuai dengan kemampuan suara Fazura.

17

Ini kerana ada penyanyi yang sesuai menyanyikan lagu yang dipanggil easy listening sahaja.

Dalam masa yang sama, Ajai juga berpendapat agar Fazura perlu menyertai kelas vokal untuk memperbaiki mutu nyanyiannya kerana menurut Ajai, Fazura masih ada ruang untuk perbaiki dan belajar vokal.

Sumber: Berita Harian

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.