in

“Masuk kedai pun pakai kasut” – Tular Selepas ‘Scam’ Pekedai, Lelaki Warga Asing Dikesan Masih Aktif

FT IMAGE LM 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak tahun 2022 lagi, terdapat beberapa video tular memaparkan perlakuan seorang lelaki warga asing yang dipercayai ‘pukau’ pekedai dengan melarikan wang tunai.

Semalam, sebuah video dimuat naik di TikTok kedaidady, memaparkan lelaki yang sama dikesan masih lagi aktif dan bebas, malah dipercayai cuba menipu peniaga yang lain pula.


Dalam video berdurasi 2 minit itu, lelaki itu ‘diserbu’ oleh orang awam yang dapat mengenalinya menerusi kejadian tular sekaligus cuba untuk bertanyakan cubaannya itu.

Screenshot 2025 03 25 at 10.42.24 AM e1742872668974

Artikel berkaitan : Padah Menipu, Lelaki Berjaya Dapatkan Semula Wang Yang Dikebas Lepas Perdaya

Artikel berkaitan : 18 Pengemis Warga Asing Ditahan, Raih Sehingga RM600 Sehari Di Pasar Malam

Malah, perakam video itu turut mempersoalkan tindakan lelaki itu yang memakai kasut masuk ke dalam kedai sedangkan pelanggan lain tidak berbuat demikian.

“Sape kenal mamat ni? Ni yang viral tu kan, you buat apa sini? I call polis sekarang. Ini lah lelaki yang pukau banyak kedai tu kan? Nah sekali bertemu buku dengan ruas. Elok viralkan je biar satu Malaysia kenal mamat scam ni”

Seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku, dia kemudiannya berpura-pura mempersoalkan kenapa dia dirakam dan dimarahi. Situasi itu menjadi tegang apabila perakam video bertanyakan jumlah baki yang sepatutnya diterima dan harga barangan.

“The price is already put outside, kau pusing kau pusing then kau mintak duit lagi, betul? Itu you punya cara, tak yah sorry-sorry..

Situasi itu berjaya diselamatkan apabila lelaki itu menerima barang dan baki yang sepatutnya setelah didesak oleh orang awam.

@kedaidady

Tolonglah korang share biar dia famess… dan supaya ramai tak terkena. Ni dady tengah live kebetulan staff panggil, kata ada someting wrong dengan pelanggan. Nak cancel tudung. Dady cepat cepat datang dekat counter.. Rupanyaa… mamat scamer #scamer #pukau Btw.. Kedai Dady dekat Jalan Jambu 2 Taman Kota Masai Pasir Gudang Johor.

♬ original sound – Kedai Dady – Kedai Dady

Bukan pukau, sebaliknya taktik mengelirukan

Sebelum ini, kejadian yang sama dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) memperlihatkan lelaki itu seolah memperdaya juruwang yang berada di kaunter sehingga menimbulkan kekeliruan.

@kedaidady

Scammer ni dah sampai pasir gudang. Tak serik eh orang ni, nasib kedai dady kalini baik.. tapi tolong peniaga peniaga sekitar sini…please allert‼️‼️ Share video ni dekat kawan kawan korang supaya tak terkena. #scammer #pukau

♬ original sound – Kedai Dady – Kedai Dady

Tindakan itu sekaligus menepis dakwaan pukau sebaliknya ia adalah ‘permainan’ lelaki itu agar juruwang bertugas terlepas dan keliru daripada jumlah kiraan sebenar.

@petsforme.vc

Guys, sila berhati-hati jika terjumpa lelaki warga asing ni. Taktik dia guna duit not RM100, bercakap dlm bahasa yg kita tak faham & cuba mengelirukan. Dalam keadaan yg tak sedar, staff kami dah bagi sebahagian duit dari petty cash kpd dia. #wargaasingpukau #kenapukau #pukau #klinikhaiwanpetsformevetcare #petsformevetcare

♬ original sound – Petsforme.vc – Petsforme.vc

Sudah dikesan berada di luar Selangor

Beberapa kejadian turut dilaporkan berlaku di sekitar Selangor termasuk di sebuah kedai ‘hardware’ di Seksyen 9 Shah Alam, dan klinik haiwan di Seri Kembangan dipercayai dilakukan oleh individu yang sama. Lebih membimbangkan, ada video tular turut melaporkan keberadaan lelaki itu yang kini sudah dikesan berada di Pasir Gudang, Johor.

Tidak semua tindakan menipunya itu gagal, malah terdapat beberapa laporan yang lelaki ini pernah berjaya melarikan wang tunai.

Rata-rata warganet di media sosial menyuarakan kebimbangan, dan turut mempersoalkan mengapa lelaki ini masih lagi bebas dan belum diberkas polis sedangkan laporan dan bukti telah diterima.

FT IMAGE LM 5 e1742872550192

Namun, sehingga kini tiada apa-apa kenyataan daripada pihak polis.

Hmm berhati-hati lah semua ye. Harap-harap pihak berkuasa ambil tindakan segera supaya ramai tak terkena lagi. 

Sumber : Tiktok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.