Siasatan pencarian pembunuh kanak-kanak autism Zayn Rayyan masih lagi diteruskan dan setakat hari ini sudah terdapat beberapa petunjuk namun suspek masih belum ditemui.
Pun begitu, baru-baru ini tular satu klip di mana ketika operasi sedang dijalankan, terdapat seekor kucing lengkap berbaju seperti unit anjing pengesan K-9 polis.
Artikel berkaitan: “Untung Rokieya” – Ramai ‘Terliur’ Tengok Mark Adam Bawak Kucing Makan Fine Dining
Artikel berkaitan: Tak Dapat Tikus Anak Itik Jadi Mangsa, Gelagat Kucing ‘Oyen’ Buat Netizen Geli Hati
function ke unit k9 tu? nampak lebih mencurigakan ada lah pic.twitter.com/zgT8wGuFcI
— AL (@ciraplaici) December 16, 2023
Perkara itu sedikit sebanyak menghiburkan netizen di sebalik berita sedih berkenaan kematian adik Zayn Rayyan yang baru berusia 6 tahun itu.
Dari klip pendek tersebut, dapat dilihat kucing berwarna hitam dan putih itu seakan turut serta dalam siasatan tersebut dan menghidu di sekitar kawasan tersebut.
“Masuk guna kabel ke?”
Ramai netizen terhibur dengan telatah si bulus itu dan ramai juga yang curious jika haiwan itu benar-benar membantu dalam pencarian tersebut.
Difahamkan, kucing itu bukanlah sebahagian daripada unit K-9, sebaliknya dia hanya memakai ‘uniform’ tersebut, tetapi di sesetengah negara terdapat unit khas untuk kucing yang bertugas untuk mengurangkan populasi haiwan perosak seperti tikus.
Sumber: X, kittentoob