Kumpulan muzik Dewa 19 merupakan sebuah kumpulan muzik yang ditubuhkan pada tahun 1986 berasal dari Indonesia, mereka mewarnai industri muzik Indonesia dan Malaysia sepanjang dekad 1990-an dan 2000-an melalui rangkaian lagu-lagu bergenre pop dan rock, seperti Pupus, Risalah Hati dan Dewi.
Dewa 19 akan menemui peminat di Malaysia pada 10 September ini, tiket disapu licin dalam tempoh sejam selepas jualan dibuka semalam.
Malah, konsert 30 Years of Dewa 19 ditambah satu malam lagi, iaitu sehari lebih awal iaitu pada Jumaat, 9 September depan di lokasi sama, Axiata Arena, Bukit Jalil.
Walaupun konsert tersebut mendapat respon yang menggalakkan dari rakyat Malaysia, Ustaz Ahmad Dusuki mempunyai pendapat yang berbeza.
Melalui laman Facebook miliknya, penceramah itu menyatakan kekecewaannya terhadap rakyat Malaysia yang terlalu teruja dengan bentuk hiburan sebegitu.
https://www.facebook.com/UstazAhmadDusuki/posts/pfbid02q24Jey12ZCfKTw8rEWb1uuBQjLUGSrmyLAkpwz7Fgs8x9BsePUidbHQtAumj6YLSl
“Masjid tak perlu tiket pun!! majlis ilmu dan tazkirah.. itu jalan syurga, tak perlu bayar pun tapi mengapa kita tak teruja? sebab akhirat tu jauh? kita dan akhirat senipis kulit bawang je!!!.. bersiaplah” tulisnya.
Ustaz Ahmad Dusuki merasakan rakyat Malaysia kian alpa dengan hiburan malah dia juga berkata majlis ilmu dan tazkirah tidak perlukan sebarang bayaran tetapi masih kurang yang menyertainya.
Apa pendapat korang pula?
Baca: Selangor Tarik Tauliah Mengajar Beberapa Ustaz Selebriti Seperti Syamsul Debat Dan Dusuki?