in

Masjid Berusia 120 Tahun Di India Muncul Semula Selepas 3 Dekad Tenggelam

3Masjid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perubahan cuaca teruk yang berlaku di Selatan Asia telah menyaksikan sebuah masjid muncul semula. Sebuah masjid yang dipercayai ditenggelami air selama 30 tahun di Bihar, Nawada, India dilaporakan muncul semula kerana air yang semakin surut akibat kemarau di Empangan Phulwaria.

Menurut laporan The Express Tribune, orang ramai mengatakan masjid itu mula tenggelam pada tahun 1985 selepas Empangan Phulwaria dibina. Ketinggian masjid dari tanah sehingga kubah dianggarkan sekitar 30 kaki.


Screenshot 2022 09 10 At 2.35.29 Pm

Ramai yang mendakwa bahawa masjid itu telah siap dibina pada awal abad ke-20 dan dianggarkan berusia kira-kira 120 tahun. Walaupun tiada sumber yang sahih mengenai usia sebenar masjid itu, namun seni bina kubah masjid tersebut yang dilihat lebih tajam dibandingkan dengan kubah yang dibina pada zaman Mughal menjadikannya jangkaan paling logik.

Sebaik air surut, difahamkan orang ramai yang masuk ke masjid itu terkejut kerana strukturnya masih kukuh dan tidak ada sedikit kerosakan pun. Masjid yang diberi nama Masjid Noori itu telah diterokai oleh penduduk berdekatan. Video dari dalam masjid itu boleh ditonton di bawah atau klik SINI. 

Screenshot 2022 09 10 At 2.35.02 Pm

 

Baca: “First time dengar bacaan mcm ni” – Netizen Terpegun Dengar Imam Terawih Baca Surah Cara ‘Lain’

Screenshot 2022 09 10 At 2.42.43 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.