Banglo indah milik usahawan terkenal, Nur Sajat Kamaruz Zaman kini boleh dibeli dengan harga RM4.21 juta selepas pihak bank memutuskan untuk menurunkan harga lelongan.
Menerusi hantaran seorang agen di laman Facebook, banglo tersebut terpaksa dilelong dengan harga lebih rendah disebabkan ketiadaan pembida pada bulan Mei lalu.
“Rumah Nur Sajat untuk dilelong. Hari itu lelong RM4.68 juta tetapi tiada pembida. Sekarang, bank sudah kurangkan harga lelong ke RM4.21 juta.
“Selepas berpindah ke Australia, Nur Sajat hendak menjual rumah ini dengan harga lebih RM9 juta. Sekarang dilelong bank pada harga RM4.21 juta sahaja. Banglo dua tingkat itu terletak di Selangor Polo and Country Club, Seksyen 10 Petaling Jaya,” katanya.
Artikel berkaitan: Sajat Pesan Bella Astillah ‘Jangan Takut Tinggalkan Sampah,’ Yakin Yang Lebih Baik Jadi Pengganti
Artikel berkaitan: Sajat Buka Mulut Isu Adik Beradik Didakwa Tak Jaga Ayah, Mohon Jangan Lagakan Dengan Keluarga

Difahamkan, banglo dua tingkat itu mempunyai enam bilik dan tujuh bilik mandi, serta berkeluasan 7,000 kaki persegi.
Tambah agen tersebut, banglo tersebut akan dilelong sekali lagi pada 2 September.
Sebelum ini, Nur Sajat telah membeli kediaman tersebut daripada seorang lagi usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dengan harga RM7.5 juta pada tahun 2017.
Sejak berpindah ke Autralia, Nur Sajat mengakui harta benda miliknya sudah ditinggalkan di Malaysia.
Sumber: Harian Metro