Saat isu mengenai Kamal Adli dipukul di Singapura tengah hangat diperkatakan, muncul lagi satu isu yang telah menarik perhatian netizen di Twitter berkaitan isteri kepada pelakon tersebut.
Ada seorang wanita memberi respon terhadap isu yang menimpa mereka ini dengan mengaitkan ia sebagai ‘karma’ kepada Uqasha Senrose atas apa yang terjadi kerana dia mendakwa Uqasha pernah membulinya di sekolah. Bahkan dia menyifatkan bahawa tangisan Uqasha itu hanyalah drama semata-mata.
Depresi akibat dibuli Uqasha?
Dalam tweet yang telah meraih lebih daripada 7,240 jumlah retweets sejak ia dimuat naik pada 14 Mac 2023 itu, wanita ini menganggap bahawa apa yang terjadi kepada Uqasha adalah satu balasan karma.
Dalam dakwaan yang mengatakan pernah jadi mangsa buli pelakon itu, wanita ini turut menjelaskan bahawa dia alami depresi dan hampir nak menamatkan riwayatnya sendiri akibat kesan buli tersebut.
Wanita ini menambah dia sampaikan terpaksa pindah ke sekolah lain untuk ambil SPM dan dia mengatakan bahawa dia tidak akan maafkan Uqasha.
Katanya lagi, Uqasha juga pernah membuat gangguan seksual kepadanya dan mengalami tekanan hebat masa tingkatan 3 serta disahkan hidap penyakit lupus.
Memandangkan perkongsian ini tular, ia pastinya telah mendapat perhatian tuan empunya badan. Disebabkan itu, Uqasha sendiri rasa terpanggil untuk tampil berikan respon atas dakwaan wanita itu.
Wanita tersebut ada tunjuk bukti bahawa mereka memang sama sekolah, namun begitu Uqasha memberi respon bahawa dirinya telah difitnah oleh wanita terbabit. Malah Uqasha turut menjelaskan bahawa dia sudah laporkan perkara ini kepada pihak berkuasa.
Tabur fitnah, putar belit cerita – Uqasha Senrose
@ImZawani to u that hs menabur fitnah kaw2 .. ill see u soon 🙂 . dont worry everything bout u ur detalis police akan buat siasatan . Allah tu Maha besar . u can block me all u want after this but all ur conversations and details kami dah dapat .. dunia ni kecil ..
— uqasha senrose (@Uqashasen) March 15, 2023
Allahukhabar Masyallah Subahnallah . lepas apa jadi yg sgt besar pada sy dan suami , ada pula yg cakap sy n fitnah sy sebagai pembuli .. dengan satu gambar tu saya dah dicop sebagai pembuli .. siapa yang tengah buli mental siapa ni .. dan gambar tu siapa yg ceria ?
— uqasha senrose (@Uqashasen) March 16, 2023
Dalam pada itu, Uqasha menjelaskan bahawa dia memilih untuk fokus terhadap suaminya daripada perkara sebegini memandangkan dirinya yang masih lagi terkejut dan trauma berkenaan kejadian yang menimpa kepada dia dan Kamal Adli.
Dengan keadaan mcm ni baiklah saya focus on my husband n myself .. sy masih dlm keadaan terkejut dan trauma dan difitnah sebagai pembuli . Allahuakhbar
— uqasha senrose (@Uqashasen) March 16, 2023
Bahkan, Uqasha turut menunjukkan gambarnya bersama salah seorang rakan satu sekolah dengannya dahulu. Dalam gambar itu, dijelaskan bahawa Uqasha seorang yang lemah lembut dan tidak campur hal orang. Bahkan, Uqasha juga mengatakan bahawa dia yang pindah sekolah masa tingkatan 5, bukannya wanita itu.
sy yang pindah sekolah form 5 . haihj tapi dia cakap dia yang pindah .. Allahualam pic.twitter.com/R8JfIBWp4V
— uqasha senrose (@Uqashasen) March 16, 2023
Hurmm, apapun, kita tunggu kes susulan macam mana, sebab langkah elok jika mereka bersemuka. Harap Uqasha sabar dalam menghadapi dugaan ini.
Baca : “Lu salah orang” – Netizen Bongkar Rupanya IG Uqasha Banyak Komen Lelaki ‘Psycho’