Nahas LRT yang berlaku pada minggu lepas boleh dikatakan antara kemalangan yang terburuk melibatkan transit aliran ringan yang pernah berlaku di Malaysia.
Mangsa yang terlibat bukan saja mengalami kecederaan yang teruk tetapi juga trauma sepanjang hayat mereka selepas apa yang berlaku.
Hal ini menyebabkan salah satu keluarga mangsa yang mengalami kecederaan serius akibat kemalangan tersebut telah membuat tuntutan undang-undang kepada operator, Prasarana Malaysia Berhad sebanyak RM1.8 juta atas kecederaan dan kecuaian, lapor Malay Mail.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan keluarga mangsa, Wong Chee Foong, 52, mangsa yang merupakan bapa kepada 4 orang anak itu telah mengalami kecederaan serius di kepala, muka dan kecederaan di tulang belakang akibat kemalangan tersebut.
Mangsa juga kini sedang melalui beberapa siri pembedahan dan rawatan di hospital. Wong menurut keluarganya sedang dirawat di ICU dan masih tidak sedarkan diri.
Peguam Wong, Jazzmine Khoo berkata, tuntutan itu juga akan merangkumi dari segi perbelanjaan perubatan, kecederaan fizikal, stress mental dan emosi, trauma, kehilangan punca kewangan, kerugian khas dan general serta kecuaian yang dilakukan pihak Prasarana.
Pada 24 Mei, hari kemalangan tersebut, mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja yang mana mangsa telah menaiki tren dari stesen KLCC dan sepatutnya keluar di stesen Masjid Jamek untuk pertukaran tren ke Cheras.
“Mangsa, Wong Chee Fong, 52, telah mengalami kecederaan yang teruk dan kini dirawat di ICU Hospital Kuala Lumpur. Mangsa bekerja sebagai Kitchen Chef di sebuah hotel 5 bintang.
“Dia mempunya empat orang anak yang berusia antara 3 ke 15 tahun. Mangsa juga satu-satunya yang bekerja untuk menampung keluarga,” katanya.
Tambah peguamnya lagi, sehingga kini keluarga mangsa masih tidak dapat respon atau dihubungi oleh pihak Prasarana, malah wang RM1,000 yang diterima juga tidak memadai dengan kecederaan yang dialami mangsa.
Keluarga Wong juga berharap pihak Prasarana akan memberi respon di atas surat tersebut dan tampil dalam mengemukakan cadangan jalan penyelesaian yang terbaik buat mereka tak lama lagi.
Harap keluarga yang terlibat dalam kemalangan LRT bertabah dengan dugaan yang menimpa.
Baca: LRT Laluan Kelana Jaya Sudah Boleh Beroperasi Sepenuhnya & Menteri Pengangkutan