in

“Masih sayang…” – Aliff Aziz Tidak Setuju Cerai Bella Astillah?

Untitled Design 2024 04 04T135050.503

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini merupakan sebutan kedua cerai talak buat pelakon serta penyanyi Bella Astillah dan Aliff Aziz di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Menurut laporan Gempak, peguam yang mewakili Aliff iaitu Hadi Salleh memberitahu kepada mahkamah bahawa anak guamnya itu tidak bersetuju dengan permohonan cerai oleh isterinya yang difailkan pada 11 Mac lalu.


Artikel berkaitan: “Dia kata dah tak rasa apa-apa” –  Bella Dedah Aliff Aziz Nak Cerai Sebelum Ditangkap Khalwat

Artikel berkaitan: “Salah tetap salah” – Caprice Ulas Isu Bella Astillah ‘Curang’ Dengan Pelakon Muda Untuk Buat Suami Cemburu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Difahamkan ketika Hakim Syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat bertanya kepada Aliff, dia tidak bersetuju dengan alasan memerlukan masa untuk membuat keputusan.

“Benar Yang Arif (tidak setuju). Ini bukan satu keputusan yang difikirkan dalam satu hari. Saya perlu masa untuk fikirkan keputusan,” kata Aliff.

Selain itu, pelantun lagu Jangan Ganggu Pacarku itu turut memberitahu mahkamah bahawa dia masing menyayangi isterinya.

Peguam Bella, Azmi Mohd Rais meminta pihak mahkamah untuk mempertimbangkan permohonan perceraian anak guamnya memandangkan mereka individu yang dikenali.

Mahkamah sebutan untuk keputusan laporan proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada 4 Jun ini, Bella melantik kakak angkatnya, Roslinda manakala ibu Aliff iaitu Siti Hafizah sebagai wakil JKP.

Sumber: Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.