Sesiapa yang pernah melalui student life pasti faham macam mana payahnya kehidupan pada ketika tu sampai terpaksa mengikat perut dan berjimat cermat bila sampai di hujung semester.
Inilah yang dihadapi oleh seorang gadis saat mengambil final papernya tak lama dulu sehingga dia terpaksa minta ‘derma kilat’ daripada rakan-rakan di universiti. Menerusi perkongsiannya di Twitter, gadis yang dikenali sebagai Nadhirah ni hanya ada RM20 dalam poketnya.
“Sebab terdesak aku mintak derma kilat. Tengoklah betapa baik warga Beta UiTM Tapah ni”
Namun tidak Nadhirah jangka, kawan-kawannya di kolej memang baik hati gila. Sanggup semua sedekah satu dua paket maggie dan biskut buat dia banyak-banyak. Alaaaa love kawan-kawan macam ni tau!

“Masa otw balik UiTM, aku hilang RM100 dan tinggal RM50. Nasi berlauk kat sini sekali beli RM5”
Tak sangka berkongsi tentang perkara positif pun gadis ini tetap dapat balasan tweet-tweet yang negatif bertanya kenapa dia tak minta duit dengan parents bila tengah sesak macam ni.
Nadhirah jelaskan, bukan dia tak dapat duit daripada parents tapi duitnya hilang dan dia pula ada ramai adik beradik sampai 9 orang. Takkan nak susahkan parents lagi kan? Emm betul juga tu!

“Saya takdelah banyak mana duit tapi saya nak tolong je”
Meskipun ada yang kritik tapi masih ramai yang nak membantu. Sekecil-kecil duit RM15 pun ada yang nak derma tau! Syukur alhamdulillah ramai yang prihatin dengan kawan-kawan kita yang susah ni.

Lain kali kalau ada kawan yang susah macam ni, korang jangan segan-segan nak bantu tau! Besar pahalanya bersedekah tu.