Malang tidak berbau! Gara-gara seekor tapir yang tiba-tiba melintas jalan, dua kereta terlibat dalam kemalangan dekat Kilometer 8, Jalan Dungun-Bukit Besi berhampiran Loji Air Serdang, Dungun.
Menurut Kosmo, dalam kejadian pukul 6 pagi itu, pemandu Proton Iswara dan seorang pemandu Myvi telah mengalami kecederaan ringan.
Namun apa yang lebih menyedihkan, tapir berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kaki dan mulut.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1310439950790225922
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kejadian itu berlaku lepas Proton Iswara dari arah Bukit Besi gagal mengelak lalu langgar tapir tersebut yang tiba-tiba melintas.
“Impak rempuhan itu, kereta tersebut hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.
“Kereta Perodua Myvi di laluan bertentangan tersebut pula tidak dapat mengelak lalu berlaku bertembungan antara dua kereta terbabit,” katanya lagi.
Walau bagaimanapun, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr. Abdul Malek Mohd. Yusof berkata, tapir berkenaan telah melarikan diri memasuki hutan dalam keadaan cedera. Aduhai…
“Tak boleh bayang bila dia try bangun untuk berjalan…”
Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib pemandu-pemandu tersebut dan kasihan dengan tapir yang tercedera itu. Kebanyakannya ingin mengetahui keadaan tapir tersebut kini bagaimana.
Malangnya tapir tersebut sudah masuk ke dalam hutan dan melarikan diri.
Harap-harap tapir tu selamatlah… Kita sama-sama doakan!