in

Masih Ingat Kes Pembunuhan Dee Dee Blanchard? Gypsy Rose Menyesal Bunuh Ibu, Dapat Keluar Penjara Awal

gypsy rose blanchard keluar penjara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama dulu, tular mengenai kisah pembunuhan seorang wanita bernama Dee Dee Blanchard oleh anaknya, Gypsy Rose Blanchard yang dikatakan tidak tahan sering didera oleh ibunya sendiri.

Dee Dee difahamkan telah menipu orang ramai termasuklah doktor profesional dengan mengatakan Gypsy mengalami sakit teruk sehinggakan remaja itu terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda dan kena pakai mask oksigen pada setiap masa.


Artikel berkaitan: Gypsy Rose Blanchard: Kisah Anak ‘Sakit Tenat’ Tamatkan Riwayat Ibu Kandung Sebab…

Artikel berkaitan: Hidap Macam-macam Penyakit, Tak Sangka Gadis Ni Plan Bunuh Ibu Kandung Dengan BF Sebab…

1703747011719

Akibat daripada perbuatan itu, Gypsy telah merancang membunuh ibunya dengan bantuan teman lelaki, Nick Godejohn, ketika dia menyorok di dalam bilik.

Menurut fakta kes, Gypsy yang berusia 23 tahun telah menerima hukuman penjara selama 10 tahun pada 2016, manakala teman lelakinya pula menerima hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.

Dapat keluar penjara awal 

Namun menerusi laporan BBC, Gypsy difahamkan dapat keluar awal daripada penjara selepas menjalani hukuman selama tujuh tahun.

Dia telah dilepaskan pada Khamis lalu dari Chillicothe Correctional Center di Missouri dan bakal mengikut suaminya, Ryan Anderson, seorang guru dari Lousiana yang dia berkenalan secara pen-pal di penjara.

1703747011719 1

Menurut laporan lain, Anderson katanya akan membawa Gypsy menonton perlawanan bola sepak US di Kansas City Chiefs dengan harapan untuk bertemu Taylor Swift yang kini sedang berpacaran dengan pemain, Travis Kelce.

Dalam pada itu, Gypsy juga mengaku yang dia menyesal dengan apa yang berlaku terhadap ibunya.

Tak ada sesiapa pun yang akan dengar saya kata saya lega dia (Dee Dee) sudah mati, atau saya berbangga dengan apa saya dah buat. Saya menyesalinya setiap hari,” kata Gypsy.

gypsy rose blanchard 2000 bdae7f2282804530bd524e2730655de2

Gypsy juga mentafsirkan hubungannya dengan ibu sama seperti ‘jenis hubungan keganasan rumah tangga’ dengan penderaan lisan dan fizikal menjadi lebih kerap apabila dia meningkat dewasa dan memberontak.

Dia juga berharap mereka yang berdepan dengan situasi yang sama dengannya untuk tidak melakukan pembunuhan sebagai salah satu pilihan.

Semoga Gypsy bahagia di sisi suami dan menyesal dengan perbuatan lepas. 

Sumber: BBC, Stuff NZ

Sumber: Stuff
Sumber: Stuff
Sumber: People

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.