Setiap ibu pastinya teruja menunggu kelahiran zuriat mereka, namun tak semuanya bertuah dapat pengalaman tersebut. Melihat video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @jefrydesilva ini, dia dan isteri baru sahaja kehilangan anak kedua ketika dalam kandungan.
Video tersebut memperlihatkan dia dan isteri yang masih dalam pantang itu menziarahi pusara anaknya yang dinamakan Firdaus.
Artikel Berkaitan : Ibu Bapa Sedih Dapat Tahu Anak Meninggal Dunia, Jadi Mangsa Sindiket Kerja di Thailand
Artikel Berkaitan : Bayi Meninggal Dunia Akibat Terhidu Asap Rokok Masa Majlis Cukur Jambul
Mereka datang melawat untuk menghiasi pusara Firdaus, difahamkan mereka dah berjanji untuk tidak menangis ketika membuat lawatan kali ini.
Bagaimanapun, hati si ibu rapuh setelah pusara itu siap dihias dengan cantik kerana tidak dapat menahan rasa rindu terhadap anak syurganya itu.
@jefrydesilva Ibu mesej abahnya banyak kali sampai merajuk dah tunggu abah balik kerja nak buat rumah baru untuk firdaus.. abah turutkan kerana sayang #fyp #anaksyurga
Menjengah ke ruangan komen, dikatakan si ibu ini mengalami keguguran akibat jangkitan pada usia kandungan sudah masuk 16 minggu. Anaknya yang dinamakan Ahmad Firdaus meninggal dunia pada 7 Disember 2023.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut sebak dan memberikan sokongan moral buat si ibu kepada bayi ini.
Semoga si ibu dan ayah buat Ahmad Firdaus ini tabah dalam menghadapi ujian ini. Al-fatihah.
Sumber : TikTok