in

“Masih ada lagi spesis yang tak faham bahasa” – Orang Ramai Masih Berdegil Tak Patuh PKP, Siap Datang Rumah Saudara-mara

Combine R

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu dan beliau mengisytiharkan PKP akan dilanjutkan sehingga 14 April ini.

Namun, walaupun arahan itu sudah lama dikeluarkan tapi masih ada lagi segelintir individu yang  mengingkari arahan tersebut.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah meluahkan rasa kecewa kerana masih ada aktiviti yang tidak dibenarkan sewaktu PKP ini dilaksanakan. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius soal ini, lapor Sinar.

Datuk

Selain jumlah kenderaan di jalan raya bertambah ada juga yang pergi berkunjung ke rumah saudara-mara walaupun menjalani tempoh kuarantin di rumah.

Kereta

Hal ini dapat dikaitkan dengan kes kematian yang ke-64 dimana wanita berumur 58 tahun yang dirawat di Hospital Tunku Ja’afar itu didapati telah meneruskan perjalanan ke dua negeri bersama individu lain walaupun arahan PKP telah dilaksanakan.

KKM menggesa dan menasihati orang ramai agar terus patuh dengan arahan PKP yang masih dilaksankan ini.

Roadblock

Setiap individu memainkan peranan yang penting dalam situasi seperti ini bagi membendung masalah wabak Covid-19 yang semakin bertambah di Malaysia.

Rata-rata netizen juga turut kesal dengan tindakan segelintir individu yang bersikap acuh tak acuh dengan arahan PKP yang telah dikeluarkan.

Masih ada yang tak faham lagi arahan PKP ni

F1 1

Ada lagi spesis yang tak faham bahasa

F2 1

Takyah lah nak baik sangat menziarah sedara mara tu 

F3

Baca : “Tiga juta rakyat Malaysia MASIH INGKAR Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – Panglima Angkatan Tentera M’sia

Tentera

 

 

Sumber: Sinar
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.