Hari ini, bermulalah ibadah puasa bagi seluruh umat Islam di dunia, istimewanya bulan Ramadan ini, umat Islam berpeluang untuk menggandakan pahala mereka dengan menunaikan solat sunat tarawih yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan.
Terbaru, satu video tular di media sosial yang memaparkan ratusan umat Islam di Amerika Syarikat mengerjakan solat tarawih di salah satu tempat ikonik di negara itu iaitu Times Square, New York.
Artikel berkaitan: “Awalnya” – Umat Islam Di Yogyakarta Sudah Mula Solat Tarawih, Puasa Sejak Semalam
Artikel berkaitan: Tawar RM6,000 Untuk Jadi Imam Solat Tarawih, Masjid Kuala Krai Raih Pujian Netizen
View this post on Instagram
Kesemua umat Islam di situ menunaikan solat tarawih dengan berlatar belakangkan cahaya dari bandar Manhattan yang sangat ikonik.
Menurut laporan New Straits Times, penganjuran solat tarawih besar-besaran itu tetap diadakan meskipun cuaca sangat berangin dan sejuk. Turut diadakan ialah nyanyian nasyid serta pemberian Al-Quran kepada semua peserta dan juga orang awam yang lalu-lalang di situ.
“Ramai yang berminat dengan Al-Quran, kita hampir kehabisan (Al-Quran) yang diterjemahkan ke bahasa Perancis. Ia menjelaskan kepentingan berpuasa pada bulan Ramadan,” kata salah seorang penganjur.
Sebagai info, New York telah menjadi tempat untuk berpuluh-puluh protes, beberapa pro-Palestin dan yang lain pro-Israel, sejak serangan pada 7 Oktober lalu yang mencetuskan perang di bumi Palestin.
Sumber: New Straits Times