in

Masalah Kewangan Bukan Punca Nora Danish & Nedim Nazri Bercerai

Syaz Ft 2024 06 20T153734.876

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas adanya pelbagai spekulasi serta gosip, semalam pasangan selebriti Nora Danish dan suaminya Nedim Nazri mengumumkan mereka sudah bercerai selepas 7 tahun bersama.

Menerusi laporan Berita Harian, Nora dan Nedim bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, kira-kira jam 8.40 malam tadi dan kedua-dua mereka menyangkal dakwaan masalah kewangan jadi punca perpisahan.


1 8

“Saya harap anda semua dapat menghormati perpisahan kami dan tidak timbulkan sebarang teori. Ini kerana saya sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga.

Saya sangkal dakwaan masalah kewangan menjadi punca perpisahan. Kami sudah duduk berasingan sejak enam bulan lalu dan cuba selamatkan rumah tangga dibina tujuh tahun lalu, tapi tak berhasil,” kata Nora.

Dalam pada itu, pelakon drama terkenal Puteri itu berkata dia dan Nedim sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga dan enggan mengulas punca perpisahan kerana tidak mahu menimbulkan sebarang teori.

 

Nora juga berkongsi anak-anaknya sudah mengetahui mengenai perpisahan mereka berdua malah mereka sempat menyambut hari bapa baru-baru ini.

Sebagai info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.