in

Masalah Hutang & Sewa Rumah Tertunggak Punca Pergaduhan, Seorang Wanita Terjatuh Dari Tingkat 4 Lepas Bertengkar Dengan Suami

jatuh dari tingkat 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita berusia 35 tahun yang juga seorang suri rumah dilaporkan cedera parah selepas terjatuh dari balkoni rumah di tingkat empat.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah bertengkar dengan suaminya akibat masalah hutang serta tunggakan sewa rumah.


Menurut laporan Kosmo, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 8 pagi pada Jumaat lalu di Pangsapuri Cheng Ria, Melaka. Selain tunggakan sewa rumah, mereka dikatakan turut bertengkar tentang bil elektrik dan bil air yang tidak dapat dibayar.

Difahamkan, mangsa dipercayai telah bertindak melompat dari balkoni kediaman di tingkat empat itu selepas pertengkaran tersebut.

Seorang jiran yang terdengar bunyi dentuman akibat wanita itu yang jatuh telah membuat panggilan kecemasan.

18 1

Artikel berkaitan : “Tak dapat bayaran” – Ammar Nazhan Akui Polis & Tentera Dalam ‘Content’ Di Indonesia Hanya Berlakon?

Artikel berkaitan : “Jaga sensitiviti” – Ammar Nazhan Pertahan Kejadian Influencer Bukan Dibuat-buat!

Mangsa yang patah rusuk kiri, tangan kanan, kecederaan organ dalaman dan kepala berdarah akibat kejadian itu kini sedang dirawat di unit rawatan rapi Hospital Melaka.

Susulan kejadian tersebut, pihak polis kemudiannya telah menahan suami mangsa untuk membantu siasatan.

Suami mangsa akan ditahan reman selama enam hari

Sumber: Kosmo

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.