in

“Masa tu lebih pentingkan awek dari mak sendiri. I’m so stupid” – Anak Rindu Baca Mesej Arwah Mak Undang Sebak

Arwahibu4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selagi ibu kita masih hidup, kita kenalah hargai detik-detik ini. Rajin-rajinlah luangkan masa bersamanya supaya esok lusa bila dia sudah tiada nanti ada jugalah rasa puas dan ada juga perkara yang kita boleh kenangkan jika kerinduan menyelubungi diri nanti.


Terkilan, sebak  dan sedih pun ada bila baca luahan rindu Iman Zulhilmi pada arwah ibunya ni. Ia menyedarkan kita semua untuk hargai saat-saat bersama ibu selagi dia masih ada.

Al-fatihah buat arwah ibu Iman.

 

Layan macam nak taknak, and masa tu lebih pentingkan awek dari mak sendiri. I’m soo stupid. I miss you mom

Arwahibu
Sumber : twitter

Biasalah masa muda-muda pasti akan leka sedikit dengan dunia sendiri, tak dinafikan kita pun pasti akan ada fasa ini. Dalam hati terlintas ia hanyalah mesej-mesej remeh je.

“Sepatutnye aku spend time lebih dengan arwah mama and ws dia selalu, and bila dia ws pon patutnye aku layan dia dengan betol. Tapi.. tak,layan macam nak taknak, and masa tu lebih pentingkan awek dari mak sendiri. I’m soo stupid. I miss you mom”

 

“Suka tengok bila arwah my mom hantar whatsapp macam ni dulu”

Arwahibu2

Tapi korang janganlah cepat buat andaian, umur makin lama makin meningkat sudah semestinya akan makin matang.

Kita sendiri dulu pun ada sahaja fasa-fasa sebegini, lebih-lebih lagi sewaktu remaja kan? Ada sahaja waktu yang Iman lakukan untuk menambat hati ibunya.

“Apa yang aku paham, bila parent kita meningkat usia, mereka jadi macam kita dulu2 masa kecik. Mintak itu, mintak ini. And sekarang bila kita dah besar kita kena layan diorang pulak macam mana diorang layan kita waktu kecik2 dulu.”

“Bagi je apa yang diorang mintak, and bagi je selagi mampu, supaya diorang happy. Kalau dah terlambat, percaya la korang akan menyesal gila macam aku, rasa nak patah balik masa and buat macam2 supaya parent kita happy”

 

Aku rasa happy sangat sebab dapat bawak mak aku pegi makan and tengok muka dia happy.

“Benda yang paling aku takbole lupa is, my mom craving “ cibiuk “ makanan indonesia, and kedai tu kat kajang. My house kat puchong, so dalam 40minit jugak nak drive dari puchong ke kajang.

And that time adik beradik aku suma takde kat rumah.

So dia mintak tolong aku bawak pegi kajang just untuk makan kat cibiuk. At first aku malas, sebab jauh. And aku nak main dota. But then aku fikir balik “ apa salah nya bawak mak aku pegi makan sekali segala, and abang dengan kakak aku takde, so kenapa aku tak tolong kan? 

So lepas dah makan kat situ, masa otw balik rumah. My mom pandang muka aku and dia cakap “ terima kasih tau bawak mama pegi makan “

Tau tak apa aku rasa? Aku rasa happy sangat sebab dapat bawak mak aku pegi makan and tengok muka dia happy.

Tuhan je tau macam mana perasaan aku masa tu.”

Hmm, admin rasa mesti dia ni dulu rapat sangat arwah ibu dia, mana taknya masa masuk PLKN dulu yang menangis mak dia je, rindu katanya.

 

“Mama rindu iman, iman takde kat rumah, rumah jadi sunyi. Mama nak jumpa iman “

Arwahibu3

“Lagi satu benda yang aku takboleh lupa is, masa aku masuk PLKN. Aku dapat kat INDERA PAHLAWAN, MARAN PAHANG. Dari rumah aku nak pegi kem plkn amik masa few hours jugak la jauh dia.

Ada satu hari tu, masa hari melawat. My parent tak dapat datang. Sebab my parent selalu jugak datang untuk melawat aku. Sebab my mom mengadu kat ayah aku yang dia rindu aku nak jumpa aku so ayah aku pon bawak la my mom datang kem plkn aku semata2 nak tengok aku.

Then after few weeks tak jumpa. And that time is weekend, bila weekend kan kita dapat pegang phone. So, aku saja call my mom nak tanye khabar dia, sihat ke? Dah makan belum? Macam mana kat rumah? Ok ke tak? Macam2 aku tanye my mom.

Borak punya borak, tiba2 aku dengar suara my mom macam sedih, macam sayu je. Like tiba2! Then aku tanye my mom “ mama ok tak? Asal macam menangis?
“nak tau my mom reply apa? “ mama rindu iman, iman takde kat rumah, rumah jadi sunyi. Mama nak jumpa iman “

Allahuu, lepas tu aku dengar my mom menangis, aku pon menangis terdesak desak. Sedih gila bila my mom cakap macam tu. sekarang my mom dah takde. Lagi sunyi rumah aku, bukan few weeks, bukan few months, but selama lama nya.

Ni gambar masa my mom melawat aku  and dia nampak happy gila bila jumpa aku”

Apa yang dia boleh buat sekarang hanya imbau je lah kenangan masa ibu bapa, sekurang-kurangnya Iman dah sumbangkan sesuatu untuk ibunya. Kita ni pula kalau ibu masih hidup ini jela peluang untuk kita balas balik jasanya.

 

Baca : “Faris cuma nak cakap, Faris rindu abah sangat-sangat”- Remaja Tak Sangka Surat Terakhir Abah Merupakan Satu Petanda…..

Featured Combine

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.