in

“Masa susah ramai yang tinggalkan kami” – Puteri Balqis & Ibu Giat Jual Buku Bagi Tampung Kehidupan

Featured Image Balqis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ramai yang kenal dengan nama pelakon cilik Puteri Balqis yang sebelum ini boleh dikatakan giat berlakon di dalam kaca television.

Namun, mungkin juga ramai yang tertanya-tanya, ke mana hilangnya anak kecil itu selepas dia sudah lama tidak kelihatan berlakon.


Baru-baru ini, sebuah program realiti television berbentuk amal, bersamamu, telah membuat satu dokumentari pendek mengenai kehidupan sebenar pelakon cilik itu.

Puteri Balqis Azizi, 13, kini giat menjual buku puisi 38 poem of Puteri Balqis yang ditulisnya sendiri di sekitar bandaraya Kuala Lumpur bersama ibunya sahaja.

“Kadang-kadang tu, pernah ikat perut sebab tak ada makanan, tapi tak adalah sampai seminggu” Puteri

Aqish2
Sumber: youtube

Ada kala, dia dan ibunya terpaksa mengikat perut dari menjamah makanan kerana masalah kesempitan wang yang menimpa mereka.

Namun, itu tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk meneruskan penjualan buku puisi yang ditulis oleh Balqis itu sendiri.

Menurut Norashikin Mohd Aziz, ibu Balqis, anaknya itu mula jatuh sakit pada tahun 2018 dan dia juga mempunyai masalah asma yang agak teruk.

“Pernah juga masa penyakitnya itu serang, dia muntah darah dalam 4 ke 5 kali sehari” ibu.

Aqish3
Sumber: youtube

Balqis juga turut menjelaskan bahawa doktor telah mengesahkan bahawa dia mempunyai masalah dalaman namun mereka masih mengenal pasti masalah sebenar yang menyerangnya itu.

“Puteri ada masalah dalaman, tapi doktor masih lagi investigate, jadi kami masih tak dapat spesifik. Tapi apa yang pasti, Puteri ada masalah dalaman, Puteri muntah darah.” Katanya.

Kisahnya ini telah menjadi viral di laman media sosial dan mendapat simpati daripada netizen.

Sebelum ini, pelakon cilik itu pernah memenangi beberapa anugerah antaranya ialah Anugerah Skrin ke-16 Anugerah Artis Harapan Pantene, Anugerah Skrin ke-18 Pelakon Wanita Terbaik Drama, dan Anugerah Televisyen Asia ke-19 Pelakon Wanita Terbaik.

Min harap semoga keluarga mereka ini dimurahkan rezeki dan adik Puteri Balqis cepat sembuh dari penyakit yang datang.

 

Baca: “Jangan putus asa, masih ada harapan” – Bintang Pop Terkenal Justin Bieber Hidap Penyakit Lyme & Ini Respon Avril Lavigne

Balkis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.