Hujung minggu lalu, Konsert The Journey Of Sound : Judika & Datuk Seri Siti Nurhaliza telah berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Menurut sumber, lebih 24,000 penonton telah membanjiri Stadium Merdeka itu untuk menyaksikan gabungan mantap kedua-dua artis ini. Namun begitu, ada penonton telah kongsikan satu pengalaman kurang enak sepanjang konsert tersebut berlangsung.
Artikel berkaitan : “Nasib baik ada abang bomba” – Orang Ramai Puji Tindakan Pantas Bomba Padam Kebakaran Kecil Di Belakang Pentas Ketika Konsert Siti Nurhaliza
Artikel berkaitan : ”View baek tu” – Pekerja Tapak Pembinaan Tengok Konsert Siti Nurhaliza Percuma Buat Orang Ramai Cemburu
Tiba-tiba sampai, kena ‘free seating’
Sesampai dia di Stadium Merdeka, inidividu yang dikenali sebagai Hisham ini mengatakan dia terpaklsa pusing satu stadium untuk sampai ke tempat duduknya. Lebih mengejutkan lagi sesampai dia ke tempat duduk, tiada nombor yang ditetapkan seperti mana waktu dia membeli tiket.
Dah sampai tempat duduk, WEH KERUSI TAKDE NUMBERING. dengan selamba marshall & usher: free seating. ACHIK KAU FREE SEATING. Masa beli ada seat number kot. Maka semua redha duduk sesuka hati macam hadir muktamar pas
3/n pic.twitter.com/NwchynWt21
— hisham (@iesham88) December 15, 2024
Disebabkan konsert itu berkonsepkan ‘free seating’ pastinya penonton akan bebas memilih kedudukan mereka. Namun ada krew tiba-tiba datang memarahi penonton yang membiarkan satu ruang kosong di tengah-tengah bahagian tempat duduk dan menurut Hisham, tidak wajar penonton dilayani begitu, seolah-oleh mereka datang dengan tiket percuma.
Faizal Tahir buat opening, penonton jangka ada lagu Cinta Dirgahayu, tapi…
Seperti yang sedia maklum, Faizal Tahir ada membuat persembahan pembukaan, tidak dinafikan Faizal Tahir memberikan persembahan yang memukau penonton dan mereka jadi bersemangat namun begitu, harapan penonton untuk menyaksikan persembahan lagu Cinta Dirgahayu yang dinyanyikan bersama Siti Nurhaliza terkubur kerana tiada persembahan untuk lagu itu.
Saat Siti Nurhaliza menaiki GTR itu sangat memukau penonton, namun begitu, Hisham mendakwa ia agak meleret kerana mengambil masa yang lama.
Selepas FT setel perform, Siti Nurhaliza pun masuk dengan dibawa naik GTR. Gimik nampak best tapi drag terlalu lama sebab banyak kali GTR stop nak melambai,sampaikan semua daripada excited terus mcm “bila ek siti nak naik pentas ni”
6/n pic.twitter.com/YvQB8UInWa
— hisham (@iesham88) December 15, 2024
Mereka memulakan konsert tersebut dengan mempersmbahkan lagu hit Kisah Ku Inginkan, katanya penonton semua menyambut nyanyian itu, namun seteleh lagu tersebut selesai, masa terbazir manunggu Judika tukar persalinan saat Siti Nurhaliza bercakap sehingga 10 minit.
Katanya lagi, penonton sudah mula letih sampaikan Judika meminta penonton menyanyikan lagu dan Judika menyanyi sehingga jam 10.30 malam manakala Siti Nurhaliza mula menyanyi jam 10.
Main act iaitu Judika & Siti Nurhaliza start dengan Kisah Ku Inginkan & semua singalong dengan girangnya
7/n pic.twitter.com/J0zgP61xwe
— hisham (@iesham88) December 15, 2024
Bukan judika not on point, tapi penonton mula start letih event Judika pun ulang banyak kali “ nyanyi Keras lagi dong”. Judika nyanyi sampai 10:30. Cuba bygkan 10 lebih pun siti baru nyanyi awal konsert je itu pun bukan solo
9/n
— hisham (@iesham88) December 15, 2024
Malah, penonton juga tidak dapat nyanyi bersama, biarpun ada lirik disediakan, Hisham mendakwa ia begitu kecil, dan ada penonton pernah cadangkan untuk sediakn skrin besar memandangkan jumlah penonton ramai dan dakwanya lagi pihak penganjur ada respon untuk usahakan, tetapi hasilnya amatlah mengecewakan.
Untuk saiz stadium kapasiti 20k+, aku merasakan stage & screen memang halus ye. Haritu sebelum komen netizen bagi cadangan, letak la screen mcm concert Adele pastu Universe Gateway reply “akan kami usahakan”. Nahhh usaha kau.
11/n pic.twitter.com/vHKig8b1BI
— hisham (@iesham88) December 15, 2024
Judika nyanyi sampai jam 10.30, Siti pukul 10 lebih baru mula nyanyi
Tidak dinafikan sejurus sahaja Tok Ti melakukan persembahan, penonton kembali bersemangat.
As usual, Dato Siti Nurhaliza on point untuk semua benda. Daripada pemilihan lagu, kepada selingan bersembang dengan penonton & pergerakan tarian. Semua A++++. Namun kita dah biasa Siti bawak medley tapi malam tu rasa mcm pack sangat untuk macam-macam lagu hanya sejam
13/n
— hisham (@iesham88) December 15, 2024
Tiba-tiba ada ‘persembahan khas’, masuk sesi duet ramai dah mula ‘exhausted’ semula, segment terakhir, ramai dah mula balik.
Sementara segmen terakhir baru nak mula, ramai dah mula start gerak balik. Jarang la konsert siti orang balik awal. Yela, walaupun train extend sampai jam 1, ni jam dah 12 lebih belum habis lagi weh.
16/n
— hisham (@iesham88) December 15, 2024
Tiba nak encore, selalunya fans akan chanting “we want more”, tapi si raden pun initiate la sebut kan bagi penonton ikut. Lagi satu, dlm konsert melly ade drop belon untuk act penutup. Untuk stadium besar gajah ni ko nak baling belon pastu belon besar 4-5 bijik je, adoii
18/n pic.twitter.com/84bbTAWnIX
— hisham (@iesham88) December 15, 2024
Nak balik dari konsert, hanya 1 palang untuk keluar, dari jam 12.45, jam 2 pagi baru dapat balik.
Sekian review dari saya. Sorry to say Dato Siti, next time kalau open stadium dengan big volume macam ni lagi, maaf saya yang fans tahap purbakala akan skip. Crowd sampai 24k tapi energy takde menang lagi 11k energy di axiata & 5k Arena of stars
20/n pic.twitter.com/qLFe3uRxPQ
— hisham (@iesham88) December 15, 2024
Biarpun letih dan tidak berpuas hati atur caranya, namun sebagai peminat, ramai yang masih terhibur menonton konsert tersebut, menurut individu ini, pengalaman konsert terbaik Siti Nurhaliza yang dia pernah hadiri adalah sewaktu di Genting Highland. Dia berharap agar penganjur dapat memperbaiki mutu kualiti dalam melakukan sesuatu acara.
Sumber : X