in

“Masa bagi bantuan dia rakam” – Individu Dakwa Wakil Parti Politik Minta Balik Bantuan Peti Sejuk Daripada Mangsa Rumah Terbakar

ft bantuan peti sejuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu nikmat buat mereka yang ditimpah musibah apabila menerima bantuan, apatah lagi jika bantuan itu berbentuk satu barang keperluan yang dianggap besar nilainya untuk satu isi rumah.

Begitulah apa yang dirasakan oleh individu ini apabila ibunya menerima bantuan berbentuk peti sejuk dan tikar getah selepas rumahnya mengalami kebakaran.


Artikel berkaitan : Berparti Sakan Atas Kapal Masa Bapa Di Penjara, Anak-anak P.Diddy Dikecam Tak Sensitif

Artikel berkaitan : Jeff Pelley: Berparti Macam Tak Ada Apa Berlaku, Remaja Didakwa Bunuh Keluarga Gara-Gara Tak Dapat Pergi Prom?

Screenshot 2025 05 21 134556

“Harini mak call bagitahu bantuan peti ais dan tikar getah masa rumah terbakar haritu orang nk ambil semula.”

Terkedu mendengar makluman tersebut, wanita ini mendedahkan alasan individu tersebut tarik semula bantuan itu yang dianggap tidak masuk akal.

“Mak bagitahu ‘sebab mak bukan dari parti yg beri bantuan tu’”.

Kisahnya, pada bulan Oktober tahun lalu, rumah ibu wanita ini terbakar kerana litar pintas. Disebabkan itu, ibunya menerima bantuan daripada sebuah parti politik yang dapat tahu hal tersebut daripada ahli keluarga mereka.

Screenshot 2025 05 21 134527

“Lepastu dia datang hantar bantuan peti ais dan tikar getah untuk mak. Tahun ni bulan 5/2025 , dia bagitahu dia nak datang ambil balik bantuan yg dia dah kasi tu sebab awal bulan 5 mak dilantik sebagai biro untuk parti lain. Bantuan memang pilih parti ke?”

Bagaimanapun, jelasnya sehingga kini pihak parti tersebut tidak memberikan jawapan, namun wanita ini dalam keadaan bersedia seandainya mereka datang ke rumah dalam waktu terdekat berkenaan isu tersebut.

“Lepastu mak cakap boleh nak datang, tapi mak nak orang yang sama juga datang ambil, taknak wakil wakil atau PA, masa bagi bantuan dia rakam, jadi masa dia ambil balik bantuan tu kita pun nak rakam jugak. Sekarang dah senyap pulak, tapi kalau betul betul dia datang memang kita viralkan je nanti.”

Bagaimanapun wanita ini enggan mendedahkan nama parti tersebut dan memilih untuk terus merahsiakannya kerana baginya ia bukanlah berpunca daripada parti tapi individu itu sendiri.

Haih, peliknya sikap manusia ni, kalau nak beramal biarlah ikhlas.

Sumber : Thread

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.