in

“Marry me Faz” – ‘Dilamar’ Ketika ‘Live’, Ini Respon Fazura

Fazura Dilamar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan juga penyanyi, Fazura kembali menjadi tumpuan ramai apabila melakukan sesi live di laman media sosial bersama anaknya, Fatima, semalam.

Dalam sesi live itu, Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin menjawab beberapa pertanyaan yang dilontarkan oleh peminatnya di ruangan komen.


Namun, apa yang mencuri tumpuan ramai adalah respon bersahaja daripada Fazura selepas salah seorang peminat bergurau dengan melamar dan mengajaknya berkahwin.

Artikel berkaitan: “Bukan nak riak ke apa…” – Fazura Akui Lebih Tenang & Bahagia Lepas Bercerai

Artikel berkaitan: Fazura Hadir Ke IPD, Buat Laporan Polis Berkaitan Fitnah Di Media Sosial

Pelakon Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu terhibur dengan gurauan tersebut menyatakan bahawa dirinya belum habis idah lagi.

“Allahu, idah tak habis lagi nak kahwin macam mana,” ujarnya.

@stokin.yg.hilang

comel jer faz bila jawab soalan fans 😂 #fazura #fattahamin #fazuraLIVE

♬ Bertahan Demi Cinta – Fazura & Fattah Amin

Fazura jawab isu saman

Sementara itu, Fazura turut menjawab pertanyaan mengenai kes saman yang dikemukakan sebelum ini. Ujarnya, perkara itu sedang dijalankan selain mendedahkan ramai individu yang bakal disaman.

“Ramai sebenarnya dan kita dah kenal pasti ramai. Tapi tindakan tu tetap, ada yang keterlaluan sangat. Itu semua kita serahkan kepada polis dan Allah.”

Dalam pada itu, Fazura juga mengingatkan peminat agar tidak terlalu emosi dengan isu itu dan menyerahkan segala urusan kepada pihak berwajib.

Terdahulu, perkongsian gambar berada di IPD Petaling Jaya mencetuskan tanda tanya orang ramai. Polis kemudian memaklumkan pihaknya menerima laporan pelakon itu berkaitan kenyataan fitnah oleh seorang pengguna media sosial.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.