Syarikat Meta yang merupakan pemilik kepada Facebook dijangka akan memberhentikan lebih 11,000 kakitangannya.
Perubahan paling sukar yang kami buat dalam sejarah Meta,” – Mark Zuckerberg
Katanya, pemotongan itu mewakili 13 peratus daripada tenaga kerja dan dijangka akan menjejaskan makmal penyelidikannya yang memfokuskan kepada teknologi metaverse serta aplikasi lain seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp.
Saya mahu mengambil tanggungjawab untuk keputusan ini dan bagaimana kami sampai di sini.
“Saya tahu ini sukar untuk semua orang, dan saya amat memohon maaf kepada mereka yang terjejas,”- Mark Zuckerberg
Ujarnya, sebelum ini dia ada memberitahu 87,000 pekerjanya yang dia menjangkakan peningkatan dalam e-dagang dan aktiviti dalam talian susulan pandemik Covid-19, bagaimanapun jangkaannya itu silap dan dia bertanggungjawab untuk itu, lapor Sinar Harian.
Tindakan yang diambil oleh Zuckerberg dengan memberhentikan pekerjanya itu bagaimanapun disambut baik oleh pelabur dengan saham Meta menunjukkan keuntungan besar iaitu meningkat 6 peratus.
Ia merupakan satu gambaran positif selepas saham Meta menunjukkan penyusutan dan jatuh menjunam sebanyak 70 peratus pada awal tahun ini.
Baca : Unik! LRT Di China Ini Melintasi Bangunan Apartment, Siap Ada Stesen Berhenti Lagi!