in

“Mantap abe!” – [VIDEO] Ramai Puji Peniaga Pakai Maskot Spiderman Bantu Nenek Lintas Jalan

page spiderman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan, zaman sekarang ni orang ramai dah makin kreatif bila berniaga untuk tarik perhatian pelanggan diorang.

Boleh dikatakan memang macam-macam style berniaga yang boleh kita tengok. Contohnya, macam peniaga air di tepi jalanan dari akaun TikTok @azharpenjualjalanan ni, sanggup pakai maskot watak superhero dari Marvel iaitu Spiderman!


@azharpenjualjalanan

♬ Raya Raya Raya – DOLLA

Difahamkan peniaga tersebut berniaga air di sekitar Pasir Puteh dan dari video-video yang dikongsikan, memang ramai pelanggan yang datang terutamanya dari kalangan kanak-kanak sebabkan diorang teringin nak tengok ‘Spiderman’ secara close-up.

“Dalam kelakar dia, ada baiknya…”

Terbaru, aksi dua peniaga membantu nenek tua melintas jalan dengan selamat telah dimuat naik di akaun yang sama malah mendapat pujian orang ramai kerana kekal di samping nenek tersebut sehingga ke seberang jalan.

@azharpenjualjalanan

Video ori

♬ bunyi asal – PENJUAL JALANAN

Demi memastikan nenek yang menaiki basikal itu selamat menyeberang jalan, kedua-kedua peniaga tersebut juga bertindak dengan meminta untuk pemandu memperlahankan kenderaan mereka.

“Ni baru betul real Spiderman! Peter Parker, awak ke tu?” – Komen netizen

“Humanity come first”

Di bahagian komen pula, ramai yang puji dengan mengatakan bahawa di sebalik pembawaan watak Spiderman yang ‘gila-gila’ untuk kekal menarik depan pelanggan, peniaga tersebut masih lagi mempunyai sifat kemanusiaan yang tinggi.

tiktok full

Disebabkan video tersebut menarik perhatian orang ramai dengan aksi bersahaja mereka di jalan raya, ianya kini telah mendapat lebih dari 3 juta tontonan dan memperoleh lebih 4 ribu komen di TikTok.

Bersungguh betul dua orang peniaga ni nak minta orang slowkan kereta. Semoga tindakan diorang yang baik ni dapat dijadikan ikutan orang ramai okay?

Baca: “Saya cuma nak tolong dia je” – Lelaki ‘Terbunuh’ Nenek Semasa Tolong Bukakan Pintu Kedai

untitled 2

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.