in

Mantan Perdana Menteri Akan Dipanggil Semula Untuk Bantu Siasatan – SPRM

4dsis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan berkaitan beberapa kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Memetik laporan Sinar Harian, Ahli Parlimen Bera itu telah memberi keterangan kepada SPRM minggu lalu.


Screenshot 2025 03 01 at 4.11.52 PM

SPRM telah menemu bual Ismail Sabri selama kira-kira lima jam untuk membantu siasatan. SPRM juga akan memanggil semula Ismail Sabri bagi membantu siasatan, namun bergantung kepada keadaann termasuk tahap kesihatannya.

Sebelum ini, empat bekas pegawai yang mempunyai kaitan dengan Ismail Sabri, termasuk dua individu bergelar Datuk, telah direman oleh SPRM pada 21 Februari kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah. Selain itu, seorang pegawai eksekutif sebuah yayasan dan seorang pembantu kepada pegawai khas turut ditahan.

Kesemua individu terbabit ditahan di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Screenshot 2025 03 01 at 4.10.51 PM

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, sebelum ini mengesahkan bahawa lapan lagi saksi akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Difahamkan, antara kes yang sedang dalam siasatan SPRM termasuk perbelanjaan dana kerajaan berjumlah RM700 juta yang digunakan bagi tujuan promosi dan publisiti.

 

Baca: Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Dikejarkan Ke Hospital Selepas Pengsan Dan Tidak Sedarkan Diri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.