in

“Manisnya senyuman, boleh masuk ratu cantik!” – Pelajar SMK St. Theresa Gamatkan Sambutan Hari Malaysia

Hari Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sambutan Hari Malaysia baru-baru ini pelbagai kisah dan ragam rakyat Malaysia dapat dilhat ketika menyambut hari yang bersejarah ini.

Pastinya, setiap sekolah akan meraikan hari bersejarah itu dengan pelbagai aktiviti bagi memupuk semangat cintakan negara.


Baru-baru ini, tular satu video di SMK St.Teresa, Kuching pertandingan peragaan pakaian Jalur Gemilang.

Video yang berdurasi empat minit itu, pelbagai busana diperagakan oleh pelajar perempuan dengan fesyen terkini.

Tumpuan kepada seorang pelajar mengaya busananya sehingga tak berkelip mata tengok pelajar lain melihat dengan senyuman gaya pelajar itu persis model.

Cara berjalan dan senyuman pelajar itu membuatkan pelajar lain turut bersorak mengamatkan suasana. Ternyata prospek ratu cantik negara sudah ada.

Ternyata, guru-guru disekolah berkenaan melakukan persiapan terbaik dan memberikan suntikan semangat cintakan negara kepada pelajar mereka.

Video itu juga mendapat satu juta tontonan dan banyak komen positif dari warganet.

“Woww Slaynya adik ni!

“Dia flip kain tu nmpk model sangat.

“Future Pageant enthusiast,” antara komen warganet.

Dah bole dik cuba masuk mana-mana pertandingan modeling. Gaya dah ada tu.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.