in

“Mangsa tak berminat dengan suspek” – Polis Sahkan Wanita & Bapa Dib*nuh Sebab Cinta Ditolak

Suspek Tikam Dua Beranak Sebab Cinta Ditolak

Gempar satu kejadian di Pulau Pinang pada Khamis lalu apabila seorang lelaki bertindak menikam wanita dan bapanya di hadapan pintu lif sebuah pangsapuri di Ayer Hitam, Georgetown.

Ketika kejadian, mangsa, Siti Zulaila Zulkifli baru pulang dari tempat kerja ditikam suspek yang kemudian turut menikam bapa mangsa, Zulkifli Ibrahim yang cuba meleraikan pertengkaran antara mereka.

Suspek turut bertindak mengelar dan menikam dirinya di situ sebelum dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Artikel berkaitan: Lelaki Ditikam Abang Yang Dicari Selama 24 Tahun, Mungkin Tak Puas Hati Pembahagian Harta Mendiang Ayah

Artikel berkaitan: Terpengaruh Dengan Kisah Pembunuhan Bersiri, Dua Beradik Nekad Bunuh Keluarga Sendiri

61731125419 Duaberanakmautdit

Motif bunuh angkara cinta ditolak

Dalam perkembangan terbaharu, polis mengesahkan kejadian pembunuhan dua beranak itu berpunca daripada cinta ditolak.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Lee Swee Sake berkata, siasatan mendapati suspek yang juga lelaki tempatan berusia 32 tahun itu menaruh perasaan terhadap mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa yang berusia 30 tahun tidak berminat dengan suspek.

“Sebelum kejadian suspek juga dikatakan melakukan ugutan bunuh terhadap keluarga mangsa di kediaman mereka,” katanya.

Polis juga memaklumkan, semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Stab Victim

Sebelum ini, suami Siti Zulaila terkilan dan menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan isterinya seorang janda.

Mohamad Shazwan Hafizi Badrul Kamal berkata, dia mahu pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap si pelaku.

Suspek kini sedang ditahan reman sehingga 14 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro